Assalamualaikum,
Hari ini saya ada appointment di Klinik O&G HUKM. Saya yang call minta appointment untuk check fibroid saya. Lama dah tak scan fibroid. Last sebelum IUI bulan November 2012.
Lama saya tunggu turn untuk jumpa doktor. Dari pukul 8.45am sampai la pukul 12.45 tengah hari. Tapi bila saya di scan, doktor bagitau fibroid saya tak dapat dilihat di skrin. Apa yang dia nampak, rahim saya macam bulat. Dia cakap saya ada endometriosis. Terkejut saya dengar. Lepas dah scan, saya jumpa semula gynea. Dia pulak cakap, 'Puan tak perlu follow up treatment kecuali bila sakit teruk masa period atau ada tanda-tanda lain. Tiada ubat untuk endometriosis. Memang akan susah pregnant kalau ada endometriosis. Bila puan dah ready nak sambung treatment di MAC, gynea sana akan check balik'. Macam tu jek dia cakap. Jujur saya sedih. Saya rasa macam tak dapat nak terima hasil pemeriksaan tadi. Saya confused.
Kawan-kawan yang ada endometriosis, tolonglah share dengan saya. Apa yang perlu dibuat untuk elak daripada serius? Apa makanan yang kena avoid? Kat klinik/hospital mana yang bagus untuk buat rawatan endometriosis? Tolonglah. Thanks a lot. Thanks in advance.
Dah lama saya tak menangis pasal treatment atau pasal kekurangan diri ini. Tapi hari ini air mata saya jatuh jugak. Saya seolah-olah macam pertama kali buat ttc treatment dan baru dapat tahu yang saya memang susah nak pregnant. Perasaan down sama macam bila saya mulakan treatment dulu :(
Ily, Akak tu ari cyst da masuk stage endo. Akak tatau la plak takde cure utk endo ni. biar betul. tp kat blog akak (blog stoberi) ada juga yg akak share ttg food utk endo diet. pastu Ily boleh google. Byk artikel pasal endo nih.
ReplyDeleteMakanan paling kena elak utk endo diet - daging merah dan segala bentuk tenusu juga soya.
Jangan risau2 lah Ily, takde apa2 tu.. tapi kalau risau juga, why not amik 2nd thought. Doc tak cakap ke berapa cm?? suppose endo/cyst yg lebih 5cm - mmg kena laps utk buang.
Kalo Ily nak sembang2 meh w.app akak. Eh. Ily takde no akak ye. Jap yea.. akak emel :)
salam akak.. saya berminat nak tnya akak sbb saya bakal operate dgn dr hamid minggu depan..boleh email saya juga: nadiahrasdi@gmail.com.
Deletedear. i selalu bace blog dr hamid. die sometimes ade cerita pasal endomentriosis nih. and ade buat treatment jugak. ce la try.
ReplyDeletehttp://klinikdrhamidarshat.blogspot.com/
nih wife die penah buat pembedahan penyakit ni. semoga Allah swt mempermudahkan segalanya. inshaallah boleh. amin
hi ily..im sorry to hear about the endo prob.
ReplyDeletesaya tiada masalah tersebut, tapi seorang sahabat saya menderita akibat penyakit ini. tanda2 paling ketara adalah sakit yang teramat ketika period, tapi mengikut pembacaan ada juga kes yang tak rasa sakit
setahu sy endo hanya boleh dikesan melalu laproscopy (ntah betul x ejaan ni)
and lapo ni leh buang endo 2 sekali
jadi awk jgnlah risau ye, selepas endo awk pasti boleh hamil
hrp awk jgn susah hati ye!
insyaallah,semua akan ok. A lot of baby dust 2 u! amin…
salam ily...sy pon ada endometriosis + RU
ReplyDeletems mula2 decide nak cek lps setahun kawen sy cek kat az-zahrah..doc kata sy RU tp xckp plak sy ada endo..sy stop az-zahrah sbb bil melampau sgt mahai..
then sy g gynea lain di muar..result: dia ckp sy ada endo tp doc xckp plak yg sy RU, pernah wat iui sekali tp failed..
start bln 4.2013 til now sy cek dgn hamid arshat. result: doc kata sy ada endo stage 2 & RU..
hi ily... saya last friday buat apoimen ngan O&G kat annur bangi sbb mslh senggugut. lps scan doc gtau ada endometriosis. kena amik darah. next 2 weeks kena pegi lg utk tgk result darah n endo tahap mana. doc gtau mybe kena operate. mmg dia kata selagi endo x dibuang, peluang utk preggy boleh dikatakan 0% (kecuali dgn izinnya la kan..). skrg sy cuma amalkan minum pati delima. ramai kwn2 suggest amik GLA shaklee. tp sy x tpikir lg nk cuba. skrg ni nk tnggu result darah je dulu n tgh siapkan mental ttg operation...huhu.. moga allah beri kita peluang utk berTTC dgn tenang pas ni... =)
ReplyDeletesalam..dear, awak try di hospital lain pulak ye.. sebab tu just pendangan seorang Dr.. banyak tmpt perubatan lain yg boleh ubati endometriosis. Jgn biarkan ye dear. awak sabar byk2...Ya Allah besarnya ganjaran awak di sisi Allah coz bersabar dengan dugaan yg Dia berikan..
ReplyDeleteYa Allah...sabar ye Ily. Sedihnya diirg cakap mcm tu je. Currently I pun buat treatment kat sana. To soon to judge. But after few times dtg sana pun I rasa they don't give me enough information about my fertility problem. I boleh fhm perasaan u. Anyway, i think u should go to private hosp and seek for advise n further treatment.
ReplyDeletemacamana nak tau kita ada endo ke x..risau juga..
ReplyDeleteIly, kuatkan semangat...saya yakin ily boleh pregnant jika Allah izinkan...
ReplyDeletebabe.. i tau u kuat.. sedih mmg sedih. i tau apa u rasa. sbb i pon rasa cam tu jgk bila dr. ckp my fibroid ada balik ari tu. althought i dont have endo, tp perasaan takut tu still ada. dont quit. in shaa allah ada jalan penyelesaian nya. wassap me kalau nak share ya.. :)
ReplyDeleteSalam Ily...
ReplyDeletesabar ye..smoga Allah permudahkan..
saya pun masa buat Laparoscopy last 2 years doc ckp ada endo tp sgt2 small just 'dot' cam tu je dan dia tak state brapa cm.. Plus sy RU jugak..
Tp Alhamdulillah slps 4 thn menunggu akhirnya pregnant, gugur then pregnant lagi..
Sy doakan rakan2 TTC sy dipermudahkan Allah untuk dapat baby..
Be strong ok, jgn stress dear :-)
Ily, betul kata kawan-kawan TTC yang kat atas ni, cuba dapatkan second thought dari mana-mana doktor pakar OnG, mungkin cara dan pendekatan mereka berbeza. Apa-apapun Yani doakan Ily tabah, usaha jangan distop terus...kena teruskan, Allah tahu kita mampu hadapi semua ujiannya...
ReplyDeleteILY, i ada endo, dah stage 4. Endo dah sampai ke usus and appendix and dah melalui 2 kali laparascopy untuk buang endo. Even my fallopian tube pun keradangan and tersumbat dengan fluid due to this, no normal way to get preggy for me, hence the 2 IVF that i've done. But belum rezeki kot...what we can do, don't give up. Tu je... they might not find the cure, but we can always try and keep thinking positive. In the end, hanya Allah yang boleh tolong and tiada yg mustahil bagi Dia kan :-) so be strong dear... and i believe u r in good hands now (i.e good doctor).
ReplyDelete