Wednesday, 3 July 2013

Belajar Untuk Redha.

Assalamualaikum,

First of all, terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan yang komen entry semalam. Special thanks to KEKDA sebab sudi whatsapp dan share experience Kekda pasal endo. Semalam lepas balik dari HUKM dan lepas update blog, memang saya rasa down sangat. Tapi bila Kekda bagitau apa yang perlu buat, treatment macam mana, barulah saya rasa lega. Baca komen kawan-kawan yang banyak membantu pun buat saya lega. Terima kasih.

Suami dah dikhabarkan pasal treatment semalam. Melalui mesej saya bagitau, 'Asalnya nak check fibroid, sekali ada penyakit lain yang doktor cakap lagi bahaya daripada fibroid. Endometriosis. Doktor cakap orang yang ada endo memang susah nak pregnant. Kalau buat IVF pun 50-50. Sorry sebab ada banyak penyakit'. Suami reply, 'Takpe. Kita bagi settle satu-satu. Check dulu apa yang patut buat. Kita buat treatment dulu baru fikir pasal anak'. Sedih sangat perasaan masa tu. Saya bagitau suami saya nak buat treatment di Klinik Dr. Hamid Arshat memandangkan doktor HUKM cakap macam tadek apa yang boleh dibuat. Huhu. Suami setuju. Saya call dan dapat tarikh appointment pada 26 November 2013. Lambat lagi! Takpe, sabar.

Lepas ramai yang suggest untuk dapatkan second thought, saya pergi ke Klinik Pakar Wanita Medina di Taman Melati. Tanya di kaunter, kena  buat appointment sebulan awal. Tarikh appointment TVS saya pada 2 Ogos 2013. Pun lambat jugak! Tapi saya still book tarikh tu. Suami balik kerja semalam, saya cerita dengan suami. Suami mintak saya try tanya klinik lain kalau-kalau boleh walk in untuk TVS. Saya ingat balik kerja ni saya nak singgah satu klinik sakit puan di Jalan Gombak. Hari ni perasaan saya ok daripada semalam. Tapi still saya nak tau tahap mana endo tu. Sebab tu kalau boleh saya nak check cepat-cepat. Hopefully saya dapat jawapan dan penerangan details pasal ni. Yelaa, semalam masa kat HUKM doktor tadek pun sebut berapa besar saiz endo tu. Dan saya pun tak dapat berfikir dengan baik semalam. Jadi saya terlupa nak tanya. Bila saya dah sampai rumah baru saya terfikir, 'Endo ni ada stages. Endo aku stage mana? Serius ke? Endo kan boleh rosakkan rahim, tiub semua'. Ya Allah, risau betul. Tapi kerisauan hari ni kurang daripada semalam laa. Hehe. 

Semalam petang, lepas balik dari Klinik Medina, saya duduk sorang-sorang. Saya fikir yang ini semua ketentuan Allah. Kalau saya sedih sekali pun bukan boleh baik. Saya kena usaha cari jalan penyelesaian. Saya kena terima, kena redha. Saya harap saya tak putus asa. Saya harap Allah sayang saya bila Dia uji saya macam ni. Saya menangis sungguh-sungguh. Saya cakap lepas ni saya taknak menangis macam saya tak redha terima ni semua. Hasilnya, bila suami sampai rumah, bila saya cerita kat suami pasal ni, saya sikit pun tak menangis. Hebat tak saya? Hehe. 

Someone used to tell me, 
'Kalau nak menangis, nak mengadu nasib diri, buat di tikar sejadah. Mengadu pada Allah. Allah akan dengar tanpa Dia persoalkan kita'.


34 comments:

  1. Salam, saya dulu ada endo, Dr Adilah pantai bangsar yang cek dan buat laps untuk treat. Honestly endo ni tak boleh hilang terus cuma boleh dikawal. Selagi kita period, dia terdorong untuk grow sbb kaitan dengan hormon. Like my case, darah tumpah ke dalam ruang badan like bladder padahal patut keluar semua as period. Lepas laps (laps dr akan bakar/matikan sel2 darah/endo tu), then dr inject untuk stop period few months, kasi rehat from period supaya endo x grow. Then bila dr scan dah tambah baik, tunggu period datang semula untuk usaha pregnant. Pregnant penting untuk bantu rahim pulih dari endo sbb lamaaa tak period kan..bila kita dah menopause nanti memang xde dahla endo ni..Jangan susah hati ye..dapatkan pendapat dr yang pasti dan proceed rawatan. Macam saya haritu, lepas dapat period semula dalam 5 bulan alhamdulillah conceived naturally. But I did add on with homeopati pills and acupuncture 2 months sebelum tu. Take Care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Areina. Saya still tengah try carik klinik untuk tvs secepat mungkin. I will call pantai bangsar. Hopefully sy bole proceed to treatment. Alhamdulillah awak berjaya conceive. Saya pon ada baca-baca yang endo nih tak hilang terus, kena jaga makan semua. Thanks for your info.

      Delete
  2. Yani tahu Ily kuat semangat, benda normal kalau kita down masa tu....go Ily go!

    ReplyDelete
  3. dear ily, jgn risau, jgn sedih, bykkan bersabar, bykkan berdoa.

    sy pernah ada endo, endo saya burst.actually, doc tak sure samaada itu endo, ataupun ectopic, ataupun 2-2 sekalik. yg mana sy kene buat buat emergency operation. 5-in-1 surgery.

    tak pernah tahu pun ada endo, tahu2 je dah pecah. sy wat treatment ngn dr. masitah mansor, klinik medina. she's a good doctor. highly recommended. (err, u might remember me from makemeconceived.blogspot.com? tp i dah tukar link that blog to http://myownttcjourney.blogspot.com/)

    jgn risau, ada rezeki kita masing2, 8bulan lepas operation, we are expecting. kuasa Allah kan. siapa tahu? walaupun tru out pregnancy, sy sakit2, alhamdulillah, kuasa Allah.

    amik yg positive, mungkin Allah nk betul2 kasi rahim kita kuat utk mengandung. siapa tahu? cuma dia tahu.

    http://mybigpregnantlife.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Yes, of course saya igt awak. Hehe.

      Saya risau endo burst ke apa ke. Tak sangka pulak saya tau pasal ni bila saya tergerak hati nak check fibroid saya. Syukur. Kalau sy biar jek tanak check, mesti saya tatau. Saya anggap ada hikmah di sebaliknya. Heh. Alhamdulillah, rezeki awak dah sampai. InshaAllah saya akan dptkan opinion doktor lain. Sekarang tengah call klinik/ hospital yang bole dapat appointment tvs cpt. Thank for your comment dear :)

      Delete
    2. betul tu, ada hikmah sebalik kejadian.

      take care ye.

      Delete
  4. bertabahla..ini dugaan awak..dugaan saya ntah macam mana? Dugaan + usaha + doa = Makin dekat dengan Pencipta.... semua ni bersebab... semoga u dan suami bahagia, dunia dan akhirat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Semua ni dugaan. Sy doakan yg terbaik jugak utk awk. InshaaAllah. Amin. Thanks :)

      Delete
  5. that is true..u are strong dear and u are lucky to have a lovely and understanding man by ur side... :) fight the endo okey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, I will. Selagi terdaya. Thanks :)

      Delete
  6. ily, b4 this period mmg senggugut ke dear? Suri just nk taw adakah senggugut slh 1 tanda endo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Saya mmg senggugut everytime period. Yang saya perasan, since lepas kawen lagi teruk senggugut saya. Lagipon saya RU/ rahim terbalik. Katanya kalau RU memang senggugut. Kalau baca-baca, senggugut teruk memang salah satu simptom endo.

      Delete
  7. inshaallah dear. sekarang nih dh banyak treatment dah. yg beza lambat atau cepat je :) kite yg TTC nih kene ingat, lagi Allah swt uji kite, bermakne lagi Dia sayang kite. kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, betul. Allah sayang, jadi Dia uji hambaNya :)

      Delete
  8. Semoga tabah sis,..insha Allah setiap penyakit ada
    ubatnya,.saya doakan segala urusan sis dipermudahkan Allah..Amin 3x..*hugs*

    ReplyDelete
  9. sabar ye ily,InsyaAllah dlam setiap ujian Allah tu terkndung hikmah..moga ily trus tabah dan kuat...

    ReplyDelete
  10. Takpe dear, bile kite redha.. Allah akan bg petunjuk & penyelesaian kat kita, kadang2 without kite sedari pun.. Have faith. Korang kuat. InsyaAllah. Yagn penting jgn give up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Harap-harap macam tu laa. Saya tergerak hati nak check fibroid pun mungkin tu petunjuk Allah. Nak saya tau yang saya ada endo. InshaAllah, selagi terdaya saya akan cuba utk tak give up. Thanks dear :)

      Delete
  11. dear....awak memang HEBAT !! Allah uji pada orang yang betul. Dia pilih kita coz Dia tahu kita boleh hadapi ujian ni. Kita sama2 KUAT ye!!!!cayokkkk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklaa,saya tak hebat. Saya terpaksa kuatkan diri. InshaAllah, kita usaha selagi termampu. Doa yang terbaik. Thanks!

      Delete
  12. strongnya ILY..insya allah berkat kesabaran dan ketabahan akan ada sinar kebahagiaan kelak...
    betul tu, perjalanan kita dalam TTC ni menjadikan kita lebih tabah dan lebih mendekatkan kita dengan Nya..Allah uji kita sebab Dia tahu yang kita mampu menggalasnya..
    All the best..and saya doakan agar semuanya selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. I have to be strong, dear. Kalau saya tak paksa diri untuk kuat dan move on, tadek siapa boleh tolong saya kan? Setuju, TTC nih banyak bantu saya utk kuat semangat dan belajar untuk redha. Ada hikmah di sebaliknya. InshaAllah. Saya doakan IUI awak dipermudahkan dan ada rezeki awak. Doa banyak-banyak, tau. Thanks dear :)

      Delete
  13. banyakkan bersabar ily. selagi doc xbuat laparoscopy. selagi tu diagnosis tu xdefinitive.. insyaAllah~ kalau rezki Allah tu di pihak kita. Sakit apa pun bukan penghalangnya..

    Jom join group saya di facebook: Ttc group malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan komen awak. Kun fa ya kun. Kalau Allah nak bagi, bila-bila dan apa keadaan sekali pun akan dapat jugak kan? Ok2, InshaAllah saya join group fb tu. Kena ada permission admin ke? Thanks dear :)

      Delete
  14. Ily..awk boleh laluinya...sb tu awak dipilih utk diuji..percayalah ok...

    Ily...slain jumpe doc saya cadangkan awak dapatkan air penawar juga..dr ustaz or di darul syifah ke (jgn gi bomoh).Mana tau dgn Izinya awk xperlu buat laparcopy...saya pernah ada cyst jugak dulu...saya jumpe ustaz ..alhamdulilah hilang cyst tu.. apa2 pon kita hanya berusaha.

    ReplyDelete
  15. salam ily. salam perkenalan. I pon ade masalah TTC yang sama. semoga usaha kita sama-sama dimakbulkan. Insya Allah.

    ReplyDelete
  16. Salam perkenalan..

    Sy doakan smoga dipermudahkan smuanya...btw, sy skrng wat check-up kat klinik medina tu...sy mmg recommend awk pegi klinik tu, sbb Dr. Marsita tu bagus+servis memuaskan...cuma tak larat sbb stiapkali pegi, queue pjg sgt...kdg2 check up smpai kul 2am...tp Dr. tu mmg best...kira berbaloi walaupun tpakse tunggu lama... :)

    btw, ni blog sy http://sesukadansesukihatiku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  17. aah Dr Marsita kat Klinik Medina tu sangat baik..my younger sis pon conceive with her..i also have PCOS but i'm still in denial..havent decided when to start..takut...

    ReplyDelete
  18. buat rawatan awal. saya ada endometriosis. lepas op, dapat 3 lagi anak. keep going and think positive

    ReplyDelete