Wednesday, 10 June 2015

Post Laparotomy Check Up

Assalamualaikum,

Nak update sikit jek. Hehe. Semalam ada post laparotomy follow up check up di PPUKM. Sepatutnya 26 Mei yang lepas. Tapi saya terpaksa minta postpone sebab pada hari tu kena report duty di office baru. Appointment semalam pukul 10.00 am, dapat jumpa doktor pukul 12.45! Nangisss. Tapi macamkan tak biasa pulak :p

Doktor bagitau result test yang dibuat masa saya masuk wad aritu. Adenomyosis. Confirmed. Doktor scan dan bagitau everything kat dalam tu nampak elok dan ok. Cuma bengkak area berjahit tu masih ada. Tapi saya tak sakit sangat. Kadang-kadang jek rasa. Saya ni boleh tahan lasak jugak. Tak reti nak jalan or bergerak perlahan-lahan. Huhu.

Doktor suruh try to conceive sendiri tanpa ubat-ubatan dalam tempoh 3 bulan. Doktor pesan, cepat-cepat pregnant supaya adeno tak datang balik. Haihh. Kalau laa semudah itu tuan doktor! Hehe. Doktor hanya bekalkan folid acid dan zinc untuk suami. Doktor pesan lagi, jaga pemakanan. Exercise regularly. Kurangkan berat badan. Ohoii. Stress!

Dalam tempoh 3 bulan, kalau masih belum pregnant, proceed untuk treatment seterusnya di MAC. Appointment date pun dah dapat, which is 1 September 2015. Pesanan terakhir tuan doktor, bulan puasa ni banyakkan usaha. Banyakkan doa dan solat hajat. Banyakkan sedekah jugak. InshaAllah. Dalam tempoh 3 bulan ni saya akan cuba Serrapeptase Enzyme. Saya join group Endometriosis Malaysia dan kat situ ramai yang share pasal serrapeptase ni. It helps endo/ adeno patients untuk kurangkan kesakitan and elakkan ketumbuhan semula dalam masa yang singkat. InshaAllah nanti saya share pasal ni. Petang ni baru nak collect serra kat post office. Hehe. Sebelum order, saya pun banyak baca pasal ni di internet. Ada patient yang berjaya unblocked both tubes dengan serra ni. Since endo/ adeno ni penyakit yang susah or takkan boleh cure, i'll try apa-apa yang bole reduce the pain or symptoms. Cuba jelaa kan. There's no harm on trying :)

Oklaa. Tu jelaa my latest update. Semoga Ramadhan ini membawa berita yang baik-baik untuk kita semua. Aminnnn :)

19 comments:

  1. Assalamualaikum..

    Boleh saya tahu berapa harga serra enzyme dan dimana nak beli?

    AJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Saya order dengan sorang akak ni. Member group endo malaysia jugak. Awak email saya, nnt sy bg no hp dia. ni email saya ffi.2211@gmail.com :)

      Delete
    2. Salam sis ily..sy bru je lps laporatomy n myomectomy on 11th june..nk tny..sis amik splment ap ye lps operation?

      Delete
    3. Waalaikumsalam.

      Saya ambil multivitamin, fish oil, vitamin E & Vitamin C. Banyakkan makan buah oren. Luka cepat baik. Minum air banyak jugak. Selamat berpantang. Jaga makan ye :)

      Delete
  2. Amin... rezeki keje tempat baru eh ILY :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. InshaAllah. Tulaa, tukar work environment ni kot-kot laa ada rezeki :)

      Delete
  3. Lets try harder this Ramadhan!

    ReplyDelete
  4. insyaAllah ada rezeki untuk ILY lepas ni =)

    ReplyDelete
  5. Semoga Ily dikurniakan kesihatan yg baik selepas ini..Amin..betul dr tu kata,bulan ramadhan memang mustajab segala doa2..yg kita tak sangka2 pon boleh terjadi.Kuasa Allah semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah. Thanks kak. Saya doakan akak jugak sehat selalu & dipermudahkan semuanya. Selamat berpuasa kak :)

      Delete
  6. Semoga kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn. Semoga Allah makbulkan doa kita yang satu ni :)

      Delete
  7. amin semoga kita dimurahkan rezeki utk dapat zuriat sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn. Semoga Allah makbulkan doa kita yang satu ni :)

      Delete
  8. hi ILY..lama tak jenguk sini sejak pindah blog.. moga usaha awak berjaya! jgn givap, itu yg penting..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai chesue. InshaAllah tak give up (selagi mampu). Hehe. Thanks!

      Delete
  9. TTC too..usia perkahwinan bru 6bln tp bla dikelilingi mum to be seusia perkahwinan hana n org ringan mlut.jadi down huhu

    ReplyDelete