Tuesday, 17 July 2012

Treatment @ HUKM #3 : Bersediakah kami?

Assalamualaikum,

Tadi pukul 9.30 pagi saya ada appointment di HUKM. Tujuan appointment hari ni nak review balik result tests yang saya dan suami dah buat. Seterusnya, doktor akan suggest next treatments.

Alhamdulillah, result tests yang saya buat semua ok dan normal. Syukur Ya Allah. Semen analysis suami tak berapa memberangsangkan. Kena makan supplement lagi la nampak gayanya. Tapi, saya lagi risau kalau saya yang bermasalah. Sebab kalau kita yang perempuan nih, semua libatkan hormon. Payah jugak nak betulkan hormon kan? Tapi kalau lelaki, insyaAllah makan supplement dan makanan berkhasiat pon mampu tambah baik keadaan.

Setelah doktor tengok history kami suami isteri, history IUI kami yang 3 kali gagal, doktor suggest kami buat IVF atau ICSI. Kes kami diserahkan kepada klinik MAC. Appointment pon dah dapat, 15 Ogos untuk consultation dan penerangan lanjut. Tadi doktor anggarkan kos dalam RM8k++ sebab katanya saya tak bermasalah. Mungkin tak perlu ubatan yang mahal.

Persoalannya, bersediakah kami suami isteri? Bersediakah mental dan fizikal kami berdua? Bab kewangan, InsyaAllah boleh manage dan diusahakan. Banyak yang saya dan suami perlu bincang dan fikirkan. Ini bukan hal kecil macam IUI. IVF memerlukan persediaan yang rapi. Banyak proses nak lalui.

Ya Allah, tunjukkan kami jalan. Permudahkan mana yang terbaik untuk kami suami isteri. Amin.

Ok, bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, 3 July 2012

Treatment @ HUKM #2: Klinik MAC

Assalamualaikum,

Saya dan suami sekarang berada di Klinik MAC HUKM. Appointment hari ini just untuk suami. Semen analysis. Tadek la kena jumpa doktor ke apa. Suami is now doing 'the job' dalam Bilik Berkat. Hehe. Saya tengah tunggu kat luar bilik sebab suami request, dia cakap segan dan nanti tak fokus. Haha.

Tapi tadi saya sempat tinjau keadaan dalam bilik tuh. Ada tv, ada dvd player tapi tadek disc. Ada toilet, ada sinki, ada kerusi. Tadek katil. Berbeza dengan previous hospital, ada katil. Tapi tadek tv.

Oh, suami dah call. Dah settle la tuh ;)

Ok, bye!

*Update: Kos rawatan ialah RM 50.00 untuk semen analysis.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, 22 June 2012

Pakar Sakit Puan.

Assalamualaikum,

Saya telah demam secara rasminya hari ini. Eh, macam pengumuman apa pulak kan? Hehe. Pagi tadi separuh hari meeting. Jadi, sekarang saya memang tak ada mood nak buat kerja, di tambah pulak dengan flu and cough. Tskkk.

Saya teringat perbualan saya dengan suami beberapa minggu yang lepas. Asalnya cerita pasal adik saya yang baru habis matrix dan dah dapat keputusan exam final sem dia. Time tuh adik saya sebok dok isi course dalam borang UPU online dia laa. Saya dengan suami macam advise la dia nak pilih course apa semua. Adik saya nih pure sains, belajar biologi. Makanya dia memang nak ke arah perubatan la. 

Lepas dah settle tolong adik saya, saya sambung borak-borak dengan suami. Entah macam mana termasuk hal anak. Saya cakap, 'nanti-nanti anak kita kerja apa laa kan?'. Suami jawab, 'I tanak la suruh anak kita kerja engineer. Sekarang pon dan bersepah engineer, zaman dia nanti entah-entah tak boleh carik makan dah'. Hehe. Then saya sambung, 'Tulaa, kalau kita ada tiga orang anak..sorang biar jadik cikgu..sorang jadik arkitek..sorang jadik doktor'. Suami angguk and cakap, 'Yang jadik doktor tuh, I nak dia jadik Pakar Sakit Puan. Biar dia tolong couple yang susah dapat anak macam kita'. Allah, masa dengar ayat suami tuh, sayu sangat hati. Terus rasa air mata bergenang. 

Pastu suami senyum-senyum sambil peluk saya dan cakap, 'Kalau kita ada anak, nanti kita cerita kat dia macam mana susah nak dapat dia or diorang. Nanti I nak cerita yang mak diorang kena buat macam-macam. Kena cucuk perut setiap malam, sampai luka jari kena kaca botol ubat. Nyaris nak kena jahit laa. Time tuh pulak bapak jauh sebab kerja. Kesian kan kat mak?'. Haha. Terus saya gelak. Tapi yang hairan tuh, dalam dok gelak tuh air mata meleleh jugak. Hehe. 

Sebenarnya suami, apa yang isteri awak lalui nih ibarat baru 1/10 daripada kepayahan dan ketabahan orang lain. Saya tau ada kawan-kawan TTC saya yang lalui macam-macam yang lagi besar dan susah daripada saya. InsyaAllah kawan-kawan, kalau dah tertulis ada rezeki itu untuk kita, pasti ada. Kun Fa Ya Kun :)

Ok, bye!

TTC Treatments @ HUKM #1

Assalamualaikum,

Firstly, thanks a lot kepada kawan-kawan yang komen dalam previous entry. Thanks atas doa kawan-kawan semua. Bertuah saya kenal kawan-kawan macam korang :)

Sebenarnya, first appointment nih tadek apa sangat. Borak-borak dengan doktor cerita history kitorang suami isteri. Kitorang start all over again tau. Mula dari A balik. Rekod-rekod lama from previous gynea memang tak bawak pon. So, apa yang I kena buat last Tuesday adalah hanya ultrasound. So far, Alhamdulillah. Both ovaries dalam keadaan baik. Kecuali uterine wall fibroid tuh laa. Saiz less than 4cm, still sama macam my last check up yang beberapa bulan dulu.

Next step ialah tunggu period bulan nih, untuk buat blood test pada CD2 dan CD21, nak check hormon. Sekarang nih saya rasa macam dah nak period jek. Kejap-kejap lagi sampai laa tuh. Huh! Tak kasik chance langsung saya nak buat UPT. Hehehe. Takpe, saya still bersyukur sebab saya masih period setiap bulan. Then, appointment untuk suami buat Semen Analysis (SA) pon dah dapat, which is 3rd July nih. Hopefully, 'soldiers' semua aktif dan sehat :p

Owhh, pada yang bertanya macam mana saya boleh dapat appointment di HUKM tuh, sebenarnya ada orang tolong. Huhu. Cousin suami kerja kat situ. Mungkin rezeki jugaklah sebab dia offer nak tolong. Tapi, saya ada tanya nurse kat Klinik O&G HUKM tuh macam mana nak start treatment kat situ. Katanya, perlukan referral letter dari mana-mana klinik kerajaan atau private untuk patient dirawat di Klinik O&G HUKM dan datang ke HUKM untuk set date for first appointment. Masa set date tuh nanti, request la nak jumpa Prof. Zainul. InsyaAllah boleh :)

Ok, sekian la update first appointment saya di HUKM. Lepas nih rajin lah saya update blog nampaknya. Hehe.

Ok, bye!

Tuesday, 19 June 2012

Selamat Pagi!

Assalamualaikum,

Saya dan suami sedang dalam perjalanan ke HUKM. Appointment pukul 10am. Hopefully tak tersangkut dalam traffic jam. Hehe. Semalam saya tak boleh tido. Nervous semacam. Haha. Terasa macam first time nak dapatkan treatment T_T





InsyaAllah nanti saya update ek :)

Ok, bye!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, 11 June 2012

Restart.

Assalamualaikum,

Saya dah dapat appointment date untuk jumpa Prof Zainul kat HUKM which is this coming 19th. Tiba-tiba saya rasa nervous nak mula balik treatment. Tulaa, rehat panjang sangat sampai macam dah lupa macam mana kena tvs ;p

Semoga terus diberikan kekuatan dan dikurniakan rezeki zuriat untuk kami suami isteri. Amin ;)

Ok, bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, 22 April 2012

Tak pasti.

Assalamualaikum,

Setelah lama saya mendiamkan diri, hari ni terasa macam nak menulis. Saya dan suami masih belum menyambung treatment kami. Entah la, tiba-tiba saya rasa malas nak buat balik semua tuh. Sekarang memang tak buat apa-apa selain makan acid folic. Itu pon kejap makan, kejap tak. Supplements lain memang saya dah tinggal. Kenapa? Saya pon tak pasti. Saya tak give up, tapi saya dah malas nak buat semua tuh. Eh, bunyik macam give up jugak laa kan. Huhu.

Sekarang nih perasaan nak ada anak sangat-sangat tuh macam dah kurang. Selalu yang saya rasa sekarang nih, 'Lantak lah, kalau ada anak ada laa'. Astaghfirullah. Saya tak suka bila saya macam nih. Sebab...nanti saya tak berusaha untuk mendapatkan zuriat. Ke memang saya dah give up sebenarnya? Saya jek yang in denial. Huhu. Saya tatau mana pergi saya yang sebelum nih, yang semangat nak buat treatments, yang tak kesah tahan sakit, yang sanggup telan apa jek jenis ubat. Mana pergi 'saya yang dulu'? 

Entry nih macam meluahkan perasaan jugak. Tapi saya sendiri tak pasti dengan perasaan saya. Kenapa jadik macam nih saya pon tatau. Kadang-kadang rasa lebih senang jadi macam sekarang. Kadang-kadang rasa macam saya menafikan perasaan dan keinginan saya. Entah la, saya sendiri tak pasti :(

Ok, bye!