Monday, 17 August 2015

Perasaan Itu

Assalamualaikum,

Seronok baca update kawan-kawan yang sedang buat treatment TTC. Seronok dapat kongsi perjalanan TTC korang. Saya doakan semoga semua urusan korang dipermudahkan oleh Allah. Amin.

Bagi saya pulak, 1st September ni ada appointment di MAC PPUKM. Tapi saya berbelah bahagi nak pergi ke tak. Sebenarnya saya rasa sangat malas nak start balik treatment. Bila bagitau suami, dia kata start treatment anytime bila saya dah ready. Persoalannya, tak bersediakah saya ni? Saya rasa saya dah ready, tapi saya takut gagal lagi. Perasaan takut gagal tu yang buat saya berbelah bahagi kot. 

Entah laa. Saya pun tak tau. Huhu.


Monday, 27 July 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum,

Biar lambat asalkan wish. Hehe. Selamat hari raya diucapkan kepada semua kawan-kawan dan readers. Mohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan kata-kata (blog entries) saya. Mesti semua happy beraya dengan families kan? Kalau ada yang ditanya soalan cepumas yang lagi menyakitkan dan menyentapkan hati tu, maafkan lah yang bertanya tu. Diorang 'ambil berat' sangat tu *wink*

Ada kawan saya pesan, kalau orang bertanya 'Bila nak ada anak ni?'. Jawablah 'InshaAllah soon. Ada rezeki nanti' instead of 'Belum ada rezeki'. Kata-kata kita adalah doa. Jadi, from now on marilah kita sentiasa cakap benda-benda yang positif jek. Barulah muka cantik glowing. Hati pun senang. Kann? Hehe. 

Oklaa, Selamat hari raya again!. Bye!


Wednesday, 10 June 2015

Post Laparotomy Check Up

Assalamualaikum,

Nak update sikit jek. Hehe. Semalam ada post laparotomy follow up check up di PPUKM. Sepatutnya 26 Mei yang lepas. Tapi saya terpaksa minta postpone sebab pada hari tu kena report duty di office baru. Appointment semalam pukul 10.00 am, dapat jumpa doktor pukul 12.45! Nangisss. Tapi macamkan tak biasa pulak :p

Doktor bagitau result test yang dibuat masa saya masuk wad aritu. Adenomyosis. Confirmed. Doktor scan dan bagitau everything kat dalam tu nampak elok dan ok. Cuma bengkak area berjahit tu masih ada. Tapi saya tak sakit sangat. Kadang-kadang jek rasa. Saya ni boleh tahan lasak jugak. Tak reti nak jalan or bergerak perlahan-lahan. Huhu.

Doktor suruh try to conceive sendiri tanpa ubat-ubatan dalam tempoh 3 bulan. Doktor pesan, cepat-cepat pregnant supaya adeno tak datang balik. Haihh. Kalau laa semudah itu tuan doktor! Hehe. Doktor hanya bekalkan folid acid dan zinc untuk suami. Doktor pesan lagi, jaga pemakanan. Exercise regularly. Kurangkan berat badan. Ohoii. Stress!

Dalam tempoh 3 bulan, kalau masih belum pregnant, proceed untuk treatment seterusnya di MAC. Appointment date pun dah dapat, which is 1 September 2015. Pesanan terakhir tuan doktor, bulan puasa ni banyakkan usaha. Banyakkan doa dan solat hajat. Banyakkan sedekah jugak. InshaAllah. Dalam tempoh 3 bulan ni saya akan cuba Serrapeptase Enzyme. Saya join group Endometriosis Malaysia dan kat situ ramai yang share pasal serrapeptase ni. It helps endo/ adeno patients untuk kurangkan kesakitan and elakkan ketumbuhan semula dalam masa yang singkat. InshaAllah nanti saya share pasal ni. Petang ni baru nak collect serra kat post office. Hehe. Sebelum order, saya pun banyak baca pasal ni di internet. Ada patient yang berjaya unblocked both tubes dengan serra ni. Since endo/ adeno ni penyakit yang susah or takkan boleh cure, i'll try apa-apa yang bole reduce the pain or symptoms. Cuba jelaa kan. There's no harm on trying :)

Oklaa. Tu jelaa my latest update. Semoga Ramadhan ini membawa berita yang baik-baik untuk kita semua. Aminnnn :)

Thursday, 14 May 2015

Laparotomy & Adenomyeoctomy Story

Assalamualaikum,

Finally saya ada kerajinan untuk share pengalaman laparotomy & adenomyeoctomy. Saya akan cuba ringkaskan penceritaan. Hehe.

25 Mac 2015

Sepatutnya saya perlu 'check in' ward pada jam 11.00 pagi. Tapi saya terpaksa masuk office dulu pagi tu untuk settle few things. Dalam pukul 11.30 pagi, suami ambil dan kami menuju ke HUKM/ PPUKM. Pukul 1 lebih baru selesai urusan kemasukan wad. 'Check in' la saya di Wad 2A sekali lagi. Hehe.

2.30 petang, Dr. Anizah (specialist yang akan menjalankan procedure esok) & Dr. Khoo datang dan panggil saya ke treatment room. Sekali lagi kena seluk. Adoii. Siap tekan-tekan lagi nak rasa fibroid (masa tu memang anggap fibroid) kat mana. Dr. Anizah juga buat ujian pap smear. Sekali jalan katanya. Then Dr. Anizah explain pasal procedure dan semua risiko yang bakal berlaku dalam pembedahan esok. Too much info. I cannot brain this! Haha. Yang paling saya ingat part doktor bagi tahu sekiranya berlaku pendarahan yang serius, doktor akan buang uterus. Allah, takutnya masa tu. Tapi doktor yakinkan saya yang everything will be ok. Dr. Anizah bagitau dia akan buat pembedahan dengan kehadiran Prof. Zainul. Prof dah level-level tengok and bagi arahan jek. Hehe. Lepas check up, saya pun kembali ke Katil 15. Berbaring-baring dan berfikir-fikir. Serius masa tu saya asyik berfikir jeee. Fikir apa pun tatau laa. Hehe.

3.40 petang, Dr. Raqwan (anesthetic specialist) datang dan explain procedure untuk bius esok. Doktor tau saya first time akan dibedah dan dibius. So, explanation doktor sangat details. Doktor suggest general anesthetic dan epidural. Saya teringat pesan Qimie untuk pilih morfin instead of epidural. So, saya tanya bolehkah nak pilih morfin. Doktor kata boleh, tapi memandangkan ini first time saya dibedah dan tak tahu berapa lama dalam OT, better ambil epidural. Once epidural is working, saya takkan rasa sakit katanya. So I leave it to specialist to decide. Doktor kata saya kena start puasa dari pukul 2.00 pagi. Hanya boleh minum air masak sehingga pukul 4.00 pagi. Lama Dr. Raqwan borak dengan saya. Siap yakinkan saya esok semua ok. Doktor kata saya nervous. Esok doktor akan bagi pill penenang kat saya. Haha. Lepas tu nurse datang cucuk untuk iv drip. Macam biasa memang akan sakit sebab urat kecik.

6.00 petang, dinner makanan hospital. Share dengan suami. Saya dah tak lalu nak makan dah. Then nurse datang bagi 2 botol laxative fluid untuk cuci perut. Sebotol kena minum pukul 7.00 malam, sebotol lagi pukul 9.00 malam. Then kena minum air masak banyak. Bermula pukul 8.20 malam,  berulang alik la saya ke toilet. Sampai dekat pukul 5.00 pagi esoknya duk ulang alik ke toilet. Rasa macam nak tidur dalam toilet! Huhu.

26 Mac 2015

5.15 pagi, nurse datang bagitau nak masukkan air dan urine tube. Saya cakap nak mandi dan solat subuh dulu. Lepas solat subuh, saya buat solat hajat. Masa tu doa saya memang saya berserah sepenuhnya kepada Allah.  Lepas solat, nurse datang buat kerja dia. Bencinya bila dimasukkan urine tube tu. Sakit dan sangat tak selesa. Dah laa still rasa perut memulas-mulas. Pastu nak kencing pun jadi tak reti. Haha. Saya ke toilet dengan tube dan tolak tiang botol air tu. Bila duduk baru boleh kencing. Bengong sangat rasa. Gelak sorang-sorang dalam toilet. Haha. 

7.15 pagi, nurse datang hantar baju OT. Tapi saya tak pakai terus sebab kalau ikutkan jadual saya orang ketiga. Dalam pukul 11 baru masuk OT.

8.00 pagi, suami, mak dan ayah sampai. Borak-borak kejap. Kemudian suruh mak ayah pegi breakfast dulu. Sebab ingatkan pukul 10 lebih macam tu baru ditolak ke OT. Tapi tak lama lepas tu, nurse datang dan pakaikan baju OT dan bagi chill pill untuk tenangkan saya. Nurse kata dah nak tolak ke OT. Turn saya di awalkan. Masa ni rasa takut, tapi dah berserah dah. Yelaa, dah terbaring dengan tube kat badan. Mana mau lari? Huhu. Redha.

9.00+ pagi, nurse tolak ke OT. Suami teman sampai handover patient to OT staff. Salam dan minta maaf kat suami (walaupun almost setiap hari saya dok minta maaf sebelum operation ni. Psiko!) dan pesan suruh suami call ayah bagitau saya dah masuk OT.  Then nurse di bilik OT tolak saya ke pintu bilik bedah. Saya dibiarkan terbaring di situ tanpa sepatah kata. Haha. Tapi saya kan dah telan chill pill, maka saya tenang jek. Tenang setenang-tenangnya. Sungguh ni. Haha. Tapi dalam hati dok berdoa dan berzikir jugak. Dr. Raqwan datang tegur tanya saya ok ke tak. Tak lama lepas tu Prof. Zainul datang tekan-tekan perut. Borak-borak. He said, 'U look so calm'. Hahaha. 

10.15 pagi, saya dipindahkan ke atas katil bedah. Ya Allah, sejuknya bilik bedah tu. Menggigil-gigil. Saya tanya nurse jam pukul berapa. Nurse tunjuk jam kat dinding. Saya kata saya tak nampak, saya rabun. Haha. Tiada bantuan spec mahu pun lens di kala itu. Ada baiknya jugak sebab saya tak nampak jelas apa yang ada dan apa yang diorang buat kat saya dalam bilik tu. Doktor bius minta saya duduk dan peluk bantal. Duduk curl macam tu. Dia nak cucuk jarum epidural pada spine. Siap pesan jangan bergerak atau tegakkan badan. Masa dicucuk tu, Ya Allah sakitnya. Sampai menitik air mata. Nurse yang ada kat sebelah gosok-gosok tangan saya. Thanks nurse. It helps a bit. Bila dah selesai, saya dibaringkan. Kemudian segala wayar dilekatkan pada badan. Dr. Raqwan suruh ikut dia mengucap dan bagi saya sedut gas bius. Kali pertama saya masih sedar. Kali kedua sedut, tak sempat habis mengucap saya dah pengsan.

2.10 petang, saya tersedar. Tapi masih di dewan bedah. Saya tau masa sebab saya tanya nurse pukul berapa. Lama jugak rupanya. Then saya tertidur. 

3.00 petang, nurse kejut dan bagitau nak tolak saya ke wad. Keluar je dari pintu OT, saya nampak mak dan ayah saya. Mak saya bagitau saya senyum jek masa nampak dia. Saya tak ingat apa dah. Hehe. Tapi saya tak nampak suami. Bila dah sampai katil 15, rupanya suami dah ada situ. Suami bagitau dia naik check saya dah keluar ke sebab diorang tunggu lama kat depan OT. Tapi tak nampak saya keluar and tadek orang inform apa-apa pun. So dia naik check kot-kot la ada pintu keluar yang lain and saya dah sampai katil. Nurse bagitau dah boleh minum. Kalau tak muntah dah boleh makan. Saya mintak air dari suami. Tekak perit sangat. Masa saya mintak air tu, suami tanya saya kenal tak dia. Hahaha. Gilaa ingat saya hilang ingatan kot. Nak gelak, tapi otak macam tak boleh proses kot sebab kesan bius. Suami cakap saya tak jawab pun, saya senyum jek. Lepas tu saya tertidur. Seharian jugaklah saya macam tu. Terjaga, tertidur. Tapi tak rasa sakit sebab ada epidural. Yang tak best tu kaki kanan dok rasa kebas. 

27 Mac 2015

Saya dah boleh makan. Tapi masih terbaring. Masih on epidural. Dah tak mengantuk macam semalam. Boleh layan borak dengan family members yang melawat. 

Dr. Anizah datang dan bagitau findings operation. Doktor kata bukan fibroid, tapi adenomyosis. Uterus jugak melekat sikit dengan usus besar. Tapi doktor dan buang lekatan. Tapi, tapi, tapi uterus terluka sikit. Doktor dah jahitkan dan doktor bagitau lepas ni kalau bersalin confirm kena csec. Takpelaa doktor, saya redha. Lepas tu doktor bagitau tiub dua-dua ok, tak tersumbat. Alhamdulillah. Doktor jugak bagtau dia dah betulkan kedudukan ovary dengan buat ovary plication. Doktor kata bila dah dapat result nanti baru tau adeno/ endo saya stage berapa.

6.30 petang, nurse kata sebab saya dah boleh makan dan minum, dia nak keluarkan urine tube dan bukak tube air. Then nurse suruh cuba bangun dari katil dan berjalan. Sebelum tu doktor bius datang bukak tube epidural. Saya try bangun dari katil, rasa macam nak putus nyawa. Tak reti nak cerita macam mana. Keluar peluh dingin. Suami tolong, tapi macam lagi susah. Lastly boleh jugak bangun. Tapi bila berdiri je rasa nak pitam. Nasib baik suami ada. Duduk kejap, berdiri balik. Suami pimpin berjalan-jalan kat wad. Lama-lama dah ok. Boleh ke toilet sendiri dah.

28 Mac 2015

5.30 pagi, doktor bertugas datang bukak plaster luka jahit dan spray water proof coating. Doktor check luka dan bagitau luka tak berdarah dan bercantum elok. Doktor kata dah boleh mandi. Tapi saya seriau nak mandi, saya lap-lap badan je.

29 Mac 2015

12.30 tengah hari, saya dah boleh balik. 26 Mei 2015 follow up appointment dan doktor akan bagitau keputusan semua ujian yang dibuat. Dapat MC selama 2 minggu (tapi kemudian MC saya disambung lagi 2 minggu) dan saya duduk rumah mak saya untuk 2 minggu pertama. 2 minggu kedua saya balik rumah sendiri. Alhamdulillah luka tak berdarah dan bernanah. Sakit pun masih boleh ditahan in fact sampai sekarang kat area luka jahit tu rasa macam kebas-kebas lagi. 

37 hari selepas pembedahan, saya dan suami telah pun pergi bercuti ke Kota Kinabalu. Siap island hopping bagai. Melambung-lambung naik speed boat. Haha. Syukur tak sakit. Cuma kadang-kadang saya ada rasa sakit tulang belakang. Selalunya waktu pagi bangun dari tidur. Lain-lain, saya ok :)

Wahh, panjangnya cerita pengalaman ni. Mengalahkan pengalaman bersalin pulak kan. Hehe. Untuk kenangan diri sendiri jugak ni. Hopefully tak perlu melalui benda macam ni lagi dah. Hopefully sihat-sihat selalu hendaknya. Pasal pemakanan dan supplement selepas pembedahan, nanti saya share ye. InshaAllah. 

Thanks for reading! Bye.




Wednesday, 22 April 2015

I'm back!

Assalamualaikum!

I'm back and I'm healthy! Alhamdulillah. Hari ni saya dah mula kerja selepas sebulan cuti sakit. Liat betul rasa nak datang office. Hehe. Tapi nasib baik suami hantarkan. Masuk office, termenung jap tengok kerja-kerja atas meja. Some dah diuruskan oleh my staff, some still pending menunggu saya settle kan. But it's ok. Tadek apa yang nak dirungutkan sebab saya berterima kasih pada staff yang tolong masa saya cuti.

Luka pembedahan dah kering dan baik sepenuhnya. Mungkin hasil makan buah orange hari-hari. Hehe. Pergerakan pun dah normal. Boleh berlari-lari anak dah. Sembahyang pun dah boleh sembahyang macam biasa. Sebelum ni sembahyang duduk jek yang mampu. Tapi, tapi, tapi..yang paling tak suka adalah perut masih rasa bloated. Pantang silap makan, kembung laa perut. Lepas tu angin jek satu badan. Haihh. Dah dapat kesan makanan yang jadi punca kepada bloated, setakat ni brocolli dan nasi. Adoii. Kena kurangkan nasi la gamaknya tu.

Saya tengah cuba menjaga pemakanan saya. Air manis, soya, tauhu, tempe, kicap, aiskrim, fast food, processed food berjaya dielakkan sepanjang recovery phase. InshaAllah akan cuba untuk elak terus. Ayam dan daging jarang makan dah. Banyak makan ikan dan sayur. Cuba untuk avoid nasi dan roti, tapi masih susah nak buat. Takpe, pelan-pelan. One step at a time.

Oh, sebelum terlupa. Terima kasih kepada kawan-kawan yang bertanyakan khabar saya. Ada yang melalui komen, ada yang melalui email. Minta maaf sebab saya tak reply. Thanks a lot. Sweet sangat korang ni tau. Hehe. Muahh :* 

Nanti InshaAllah saya share cerita laparotomy & adenomyeoctomy saya. Cerita yang sebenarnya dalam perut ni bukanlah fibroid, tetapi adenomyoma. Maka, secara rasminya saya adalah penghidap adenomyosis (tanpa endometriosis setakat ini). Nanti kita story mory, ok? 

Bye!

Tuesday, 24 March 2015

“Hasbunallah wa ni'mal wakil”

Assalamualaikum,

Firstly nak ucap Alhamdulillah sebab berjaya selesaikan semua kerja-kerja di office. Lega tengok meja bersih tanpa kerja-kerja yang pending. Lega jugak sebab nanti pengganti sementara saya cuti tak perlu siapkan kerja pending, tetapi continue dengan kerja baru. Syukur Alhamdulillah. Lepas sesak otak ni haa. Hehe.

Esok saya akan 'check in' wad di HUKM. Perasaan? Sangat tidak bersedia. Sejak seminggu dua yang lepas, saya dah tak berapa keruan dah. Tidur pun tak lena sangat. Terjaga tengah-tengah malam, terfikir pasal hari pembedahan. Takutnya Allah jek yang tau. Saya hanya mampu berdoa semoga semuanya dipermudahkan Allah.

Sejak seminggu dua yang lepas jugak saya macam agak sensitif. Bukan sensitif merajuk tak tentu pasal, tapi sensitif macam cuba nak spent masa dengan suami, family saya and in laws. Selalu terfikir yang merapu jugak. Huhu. Terfikir masih panjang ke umur saya. Semalam saya pesan kat suami, 'Nanti tolong-tolong la tengokkan mak ye'. Sebenarnya saya maksudkan tengok keperluan mak saya sepanjang saya masuk wad sebab mak cakap nak jaga saya sampai saya keluar wad. Saya nak suami tolong belikan makan minum mak, hantar mak balik berehat waktu siang. Hantar balik ke wad waktu malam. Tapi lepas keluar ayat pesanan macam tu, terus air mata mengalir. Rasa macam dapat ke tengok mak lagi lepas ni. Ya, saya tau saya fikir negatif sangat. But I can't help it! First time saya nak kena bedah ni. Takut sangat ni. Huhu.

Jadi, di kesempatan ini saya mohon maaf sekiranya ada sesiapa yang pernah terasa dengan entry saya, ayat-ayat komen saya secara direct dan indirect. Mohon doakan saya. InshaAllah, ada umur panjang kita jumpa lagi :)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEyDMdy2wQE9goidKH3QxfiLwG3zijEUKSzvI74KyttO3gCMO9qNxOZiq4G5xyQboMGmEQo_rPzPP2e4RpwyhFSnM1j754Kqt4rqRMizkCH2gqhlpjO8SCK648iYMRgvWOzC4wRhCpMikt/s1600/hasbunallah.png

Wednesday, 25 February 2015

Counting Days to 26 March

Assalamualaikum,

18 Februari 2015, saya ada follow up check up di MAC HUKM. Jumpa Prof. Zainul untuk check up selepas miscarriage. Sementara tunggu Prof. Zainul, kes saya diambilalih oleh Dr. Sumitra, pembantu Prof. Dr. Sumitra sendiri yang buat TVS scan pada saya. Fibroid masih berukuran lebih kurang 6 cm.

Petang baru dapat jumpa Prof. Zainul sebab pagi tu Prof. ada mesyuarat. Masuk bilik Prof. dan dengar keputusan Prof. Saya perlu menjalani laparotomy dan myomectomy, pembedahan membuang fibroid secara incision through the abdominal wall. Saya tanya Prof. bila? Prof. cakap 9 Mac 2015. Saya minta dilewatkan sikit sebab saya tak bersedia secepat itu. Banyak kerja di office perlu diselesaikan sebelum cuti sakit. Prof. check jadual dan pilih 26 Mac 2015. Prof siap cakap tak boleh tangguh dah. Hehe. Saya redha jelaa. 

Keluar dari bilik Prof., Dr. Sumitra bagi surat kemasukan wad. Saya akan masuk wad pada 25 Mac 2015. Selesai semua, saya berjalan ke parking kereta. Oh, saya pergi seorang sebab suami saya outstation. Masuk dalam kereta, barulah saya rasa nervous. Rasa macam nak patah balik jumpa Prof. cakap tak nak operation. Haha. Sambil drive sambil membayangkan hari kejadian.

So, sekarang saya sedang menghitung hari ke 26 Mac 2015. To be honest, saya sungguh nervous! Bila mengadu dengan suami, saya kena marah. Suami suruh saya jangan fikir sangat, doa banyak-banyak. Huhu. Tapi dalam marah-marah tu, suami ajak naik Star Cruise kat Penang tu hari Sabtu ni. Mungkin dia pun nervous kot. Haha.

Semoga Allah pinjamkan keberanian dan kekuatan kepada saya. Doakan saya, please! :)

Ok, bye!

Monday, 12 January 2015

Supplements For Husband

Assalamualaikum,

Saya pernah menulis pasal ini, Alternative ways to increase sperm count.

Kemudian, saya ada dapat komen daripada Mr. Anonymous yang kongsi pengalaman dan supplements yang diambil untuk increase sperm count. Saya tertarik dengan komennya. Saya share di post ini untuk rujukan kita bersama :)
"Anonymous 
27 December 2014 at 06:47
Salam..ingin berkongsi pengalaman..sy amalkan speman 2biji 2x sehari dan 1biji kapikachu 2xsehari selama 6bulan alhamdulillah dgn izin Allah dr. terkejut dgn result sy dari tiada lgsung sperma (azoospermia) kpd sperm count yg normal.. juga vit c+vit e + zinc +selenium utk tmbh motiliti + morfologi sbgai tmbahan."
Terima kasih Mr. Anonymous kerana sudi kongsi dengan saya. Semoga Allah permudahkan semuanya untuk encik dan isteri :)

Saya harap entry ni dapat membantu isteri-isteri yang mempunyai suami yang ada masalah sebegini. Kita usaha, selebihnya Allah yang tentukan. Selamat mencuba!

Wednesday, 7 January 2015

Period Pertama Selepas Keguguran

Assalamualaikum,

Tadek apa nak cerita sangat. Just nak update untuk rekod saya di masa akan datang. Hehe. Alhamdulillah, saya dah period semalam (6 Januari 2015). Duk tertanya-tanya jugak bila agaknya nak datang period lepas keguguran ni. Risau period jadik huru hara. Nasib baik semalam dah datang. Boleh kira cycle balik. Ayuh, mulakan! Hehe.

Entry pertama tahun 2015 cerita pasal period pulak kan? Haha. Nasiblaa. Oklaa. Itu ajeee. Bye!