Wednesday 31 December 2014

Penutup Tahun 2014 - Pengalaman Keguguran

Assalamualaikum,

Hari ini adalah hari terakhir bagi tahun 2014. Banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun ini. Ada gembira, ada sedih, ada jatuh, ada bangkit. Pelbagai rasa. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Allah.

Antara perkara paling menggembirakan berlaku pada saya dan suami adalah apabila kami disahkan mengandung. Seronok, tapi dalam masa yang sama takut dan risau. Tapi, Allah lebih berkuasa. Allah pinjamkan kami keseronokan itu selama 11 minggu. Terima kasih di atas doa korang.

9 Disember 2014, tarikh yang tak mungkin akan saya lupakan. Saya ke HUKM untuk follow up bagi mengetahui status kandungan. Confirmed kandungan tidak menjadi. Saya diberi 3 pilihan oleh doktor. Pertama, tunggu sehingga janin keluar sendiri. Kedua, guna kaedah memasukkan pil ke vagina bagi membuka pintu serviks dan janin akan keluar. Ketiga, procedure D&C. saya bagitau saya tanak tunggu lagi dan saya tanya doktor mana pilihan yang terbaik antara pil dan D&C. Doktor bagitau dia takkan buat D&C sebab banyak risiko. Saya ada fibroid yang membesar bila saya pregnant. Masa tu fibroid saya bersaiz 6cm x 6cm. Doktor kata ada risiko pendarahan berlebihan dan luka pada rahim dan fibroid. Jadi, saya setuju dengan kaedah pil. Tanpa berlengah, doktor isi borang kemasukan wad dan nurse hantar saya ke wad 2A, O&G, HUKM. Pertama kali naik wheelchair. Hehe. Pengalaman hidup. Masuk wad jam 12.30 tengah hari. Beg baju dan barang pun saya tak bawak sebab saya tak expect secepat ini. Terpaksa suami balik pack baju dan barang saya.

Jam 3.00 petang, Dr. Sya iaitu doktor yang check saya di Klinik O&G datang bagitau dia nak masukkan pil. Saya bergerak ke bilik rawatan di wad 2A. Berdebar-debar jantung ni. Sebelum doktor masukkan pil, doktor seluk untuk rasa sama ada pintu serviks terbuka. Allah, boleh tahan sakit juga doktor seluk. Pengalaman hidup lagi bila kali pertama diseluk. Hehe. Dr. Sya masukkan 4 biji misoprostol ke dalam vagina saya. Tak berapa sakit, tapi sangat tak selesa. Selesai masukkan pil, saya berjalan ke katil. Dr. Sya kata, pukul 7 dia akan masukkan lagi 4 biji. Dalam masa pukul 3 antara pukul 7 saya akan rasa sakit seakan contraction orang nak bersalin. 

Pukul 5.00 petang, suami sampai. Borak-borak dengan suami. Tiba-tiba saya rasa sakit. Macam disedut-sedut isi perut saya. Makin lama makin kerap. Menggigil badan dan jantung berdegup laju. Dah tak mampu nak borak dengan suami. Suami gosok-gosok tangan saya. Pukul 7 lebih, suami balik. Kemudian saya dipanggil untuk dimasukkan pil seterusnya. Masa ni saya dah start bleeding. Tapi sikit sangat. Pad yang saya pakai masa pukul 3 masih belum bertukar. Sekali lagi sebelum dimasukkan ubat, Dr. Sya seluk untuk check bukaan serviks. Masih belum terbuka kata doktor. Doktor masukkan lagi 4 biji misoprostol.

Saya berbaring saja di katil. Pukul 9.00 malam, parents in law datang melawat. Borak sekejap. Bila diorang dah balik, saya paksa diri untuk tidur. Dengan harapan janin akan keluar masa saya tidur. Alhamdulillah saya dapat tidur.

Pukul 1.00 pagi, 10 Disember 2014. Saya terjaga dan terasa darah keluar macam air paip. Tapi saya stay di katil. Saya belum rasa nak bangun ke toilet. Sebenarnya saya takut nak ke toilet seorang diri. Haha. Dasar penakut. Saya tertidur-tidur ayam sehinggalah pukul 4.00 pagi. Saya bangun ke toilet untuk tukar pad. Masa tengok pad yang penuh darah ni, rasa macam nak pitam pun ada. Saya terpaksa duduk di toilet semasa tukar pad sebab kalau saya berdiri, darah akan meleleh-leleh sampai ke lantai. Selesai tukar pad, saya berdiri nak sarung seluar dalam. Puppp, something keluar dan terjatuh ke lantai. Saya tengok nampak macam sarung (sac) dan ada ketulan darah kecil. Saya ambil dan bungkus dengan plastik. Masa tu saya menangis. Tak pasti apa perasaan saya ketika itu. Sedih sebab tengok janin yang keluar atau lega semua dah berakhir. Bawa ke kaunter nurse dan nurse sahkan itu janin. Nurse suruh saya berehat dan dia akan panggil doktor untuk check sama ada dah keluar semua atau masih ada yang tertinggal.

Pukul 6.45 pagi, doktor lelaki datang panggil saya ke bilik rawatan. Saya risau sebab ingatkan doktor ni akan check saya. Rupanya Dr. Sya dah tunggu dalam bilik rawatan. Lega. Dr. Sya seluk lagi. Kali ni memang rasa sakit. Kemudian doktor scan. Doktor kata semua dah keluar. Alhamdulillah. Petangnya saya dibenarkan balik. Suami hantar saya ke rumah mak saya di Shah Alam. Saya akan berpantang di sana. Saya diberikan MC 15 hari.

12 Disember 2014, pukul 5.00 pagi. Saya terjaga dari tidur sebab saya rasa sakit sangat di bahagian bawah perut. Makin lama makin sakit. Duduk tak kena, baring tak kena. Semua tak kena. Saya menangis sebab terlampau sakit. Rasa lebih sakit dari kesan misoprostol. Mak saya dah panik kenapa saya sakit sangat. Saya cuba tahan jugak. Dalam pukul 2 lebih, saya dah tak mampu tahan. Saya message suami minta suami bawa saya ke emergency HUKM. Suami dari office sampai ke Shah Alam dalam pukul 3.30 petang. Terus ke HUKM. Pukul 5.00 petang baru sampai emergency O&G. Nurse minta saya bagi urine sampel. Doktor perempuan datang scan dan check. Kena seluk lagi. Kali ni siap kena korek kot-kot ada sisa ketulan darah yang tinggal. Allah, sakit sungguh. Sampai menangis depan doktor. Kemudian doktor tengok result urine. Doktor kata ada infection. Sebab tulaa sakit sangat. Doktor membebel sebab masa saya discharge wad sebelum ni saya tak dibekalkan antibiotik. Apa-apalah doktor. Saya dah sakit sangat, tak mampu nak bercakap lagi dah. Dapat antibiotik dan painkiller. Terus saya makan painkiller. Lega sikit sakit dah kurang. Dua hari lepas tu dah tak rasa sakit lagi dah.

Sepanjang berpantang dengan mak, saya makan apa yang mak masak. Makanan yang sejuk-sejuk atau yang gatal-gatal, mak tak bagi makan. Mak ada panggil makcik urut untuk urut saya. Kemudian makcik tu ada share bahan-bahan untuk blend dijadikan air jamu. Makcik tu cakap elok untuk dalaman dan boleh membantu untuk mengecutkan fibroid. Nama bahan-bahan memang pelik. Haha. Makcik urut cakap boleh cari di pasar chow kit. Saya belum berkesempatan cari. Lagi pun saya tunggu period datang baru boleh minum. Makcik pesan minum 3 pagi berturut-turut selepas period kering. InshaAllah saya akan cuba. Nanti saya share ye apa bahan-bahan tu. InshaAllah.

Walau pun saya keguguran, saya tetap bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan sekejap untuk saya dan suami. Saya merasa morning sickness, muntah-muntah. Alahan pada bau dan makanan. Saya merasa sakit seakan-akan contraction orang bersalin. Saya tau family dan kawan-kawan semua ambil berat pasal saya. Dari situ juga saya tahu suami saya ambil berat dan jaga saya dengan baik sepanjang saya pregnant. Selepas keguguran pun suami masih jaga dan ambil berat. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Apa yang paling saya bersyukur ialah bila saya dan suami dapat terima ketentuan ni dengan baik dan move on dengan cepat. Kami memang looking forward to 2015 untuk mulakan balik semuanya. Kami percaya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. InshaAllah.

Kita yang TTC ni kuat, kan? Don't ever give up and always have faith in Allah. Happy new year!



11 comments:

  1. Takziah awak.. Takpe.. sekurang-kurangnya awak dapat merasa nikmat mengandung walaupun sekejap.. InsyaAllah.. mudah2an tahun 2015 ni memberi sinar baru utk kita yang TTC ni.. Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks eyza. InshaAllah. Semoga ada rezeki kita di tahun 2015. Mana laa tau nanti anak kita semua sebaya. Hehe.

      Delete
  2. Takziah ily... smg Allah berikan yg lebih baik utk u. Amin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ST. InshaAllah. Semoga Allah berikan yang terbaik untuk u jugak :)

      Delete
  3. Salam. Takziah saya ucapkan. Tapi membaca status awak buat saya yakin yang awak seorang yg positif. Keep positif dear. Betul seperti komen di atas, sekurang2nya awak dapat merasa pregnant walaupun sekejap. Alhamdulillah. Keep rest and semoga 2015 lebih baik buat kita semua. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Thanks Rina. Kadang-kadang saya pun ada yang negatifnya. Cuma bila benda ni berlaku, saya rasa tadek apa yang saya boleh buat selain daripada positifkan diri. Kalau nak dikenang kesedihan tu, entah bila-bila laa nak move on kan. Saya rasa kita TTC semua positif. Kita semua boleh move on. Kita berharap, kita kecewa. Kita usaha, kita gagal. Tapi kita bangun balik kan? Kita cuba lagi. Awak pun mcm ni jugak kan? Hehe. InshaAllah. Semoga 2015 lebih baik untuk kita semua. Amin :)

      Delete
  4. Takziah Ily,hikmah di sebaliknya ialah Ily boleh pregnant dan pasti boleh lagi selepas ini..semoga cepat sihat ok.
    p/s :seram tang seluk2 tu kan..hihi

    ReplyDelete
  5. Takziah ily...ye,kita TTCian mmg kuat! tp awak lebih kuat lagi..insyaAllah ada rezeki yg lebih baik lagi...

    ReplyDelete
  6. sebak baca..
    insyaAllah once dah pregnant, kali kedua mungkin lebih mudah.

    ReplyDelete
  7. salam takziah..

    tq share pengalaman..kita punya cerita yang berbeza tapi hati perasaan kita rasa yg sama..semua TTCian orang yang kuat..insyaAllah sama-samalah kita berdoa semoga dikurniakan rezeki di tahun baru ini.. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya :)

    ReplyDelete
  8. Pendarahan berapa lama?

    ReplyDelete