Wednesday 12 June 2013

Kenapa Akak macam tu?

Assalamualaikum,

Situasi 1:

Adik Officemate : Alaa, dah dekat dah majlis kahwin. Tapi apa pun tak ready lagi!!! 

Saya : Adik ipar Kak Ily pun nak kahwin hujung tahun ni. 

Akak Officemate : Ehh, entah-entah nanti adik ipar awak dengan A (merujuk kepada Adik Officemate) pregnant dulu daripada awak!

Saya : Apa masalahnya kalau diorang pregnant dulu? Bagus laa. Hal-hal pregnant ni Allah yang tentukan, bukan pertandingan ke apa.

Akak Officemate : Tak laa, awak mesti sedih kalau diorang pregnant dulu. Yelaa, awak kan tunggu lama tak dapat anak lagi. Mesti sedih.

Saya : Kalau saya sedih pun, saya boleh pregnant terus ke? Kalau Allah belum nak bagi, saya nak buat macam mana? Saya rasa akak pun patut faham sebab akak dulu pun tunggu 5 TAHUN baru pregnant kan?

Terdiam Akak Officemate yang umurnya lebih tua dari Mak saya.


Situasi 2:

Saya sedang ubah kedudukan set komputer di tempat saya di office. Adik Officemate yang sama dalam situasi 1 datang tolong saya angkat CPU. Akak officemate yang sama bersuara;

Akak Officemate : Ehh, jaga-jaga A! Awak tu nak kahwin, jangan angkat berat-berat. Nanti rahim jatuh susah nak lekat.

Adik Officemate : Ishh akak ni. Bukan berat mana pun. 

Akak Officemate : (Masih ulang ayat yang sama seperti di atas)

Saya : Kalau rahim tak jatuh pun tapi belum rezeki, tak lekat jugak.

Adik Officemate : Betul! Semua ni rezeki Allah yang bagi.

Terdiam Akak Officemate yang umurnya lebih tua dari Mak saya.


Saya hairan, orang yang 5 TAHUN tunggu dan susah payah usaha nak pregnant pun boleh cakap benda-benda macam ni depan saya yang masih berusaha dan menunggu. Apa dia tak faham ke perasaan saya sedangkan dia pernah melalui perkara yang sama? Ohhh! Dia kan dah dapat anak selepas 5 TAHUN. Apa la nak hairan pulak dia tak faham perasaan saya, kan? Lagi pun, manusia kan mudah lupa. Hmmmmm. *bergenang air mata*

60 comments:

  1. hani kene dengak pakcik hubby taw....huhuhuh..lagi bergenang air mata...saba je la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hani, tulaa. Kita ni jelaa kena sabar kan? Orang lain tak penak nak fikir perasaan kita!! Ehh, emo pulak :p

      Delete
  2. sabarlah..mulut orang tak boleh tutup ,yang penting kita usaha, doa dan tawakal pada Allah, moga kita juga dapat merasa nikmat menjadi seorang ibu..AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa. Anggaplaa Allah nak menguji kesabaran kita. InshaAllah. Amin :)

      Delete
  3. biasa la tu diorg semua tu....jangan di pikir sgtla..kalau rezeki tak kemana kan.....sy harap satu hari nanti awk akan dpt baby..mybe twin ke...InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang saya tak hirau sangat cakap-cakap macam ni. Tapi bila mengenangkan orang yang bercakap tu pernah berada dalam situasi yang sama macam saya, memang terasa sedih la jugak. Tapi takpe, kejap jek sedihnya. Hehe. Saya aminnnnnnnnkan doa awak utk twin tu :)

      Delete
  4. takpe....anggap je semua tu peringatan utk kita.. moga kita tak buat camtu satu hari nati.
    mulut orang ni mmg ikut sedap rasa dia je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah, semoga kita tak macam tu. Thanks Kekda :)

      Delete
  5. Salam Ily, Yani sekarang menjelang usia perkahwinan masuk 3 tahun ni, lebih bersikap terbuka membincangkan isu lewat dikurniakan zuriat di post FB Yani, niat Yani satu je, agar orang sekeliling faham masalah lewat dapat zuriat ni bersebab. Entri Yani pun banyak diselitkan dengan fakta, bukan sekadar luahan perasaan (meroyan) semata-mata, jadi kurang point utk friend/sedara mara yg ada dlm FB Yani untuk mempersoalkan status FB Yani tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yani, kalau yani selesa macam tu..ok laa. Ily tadek masalah dengan family. Semua ok & faham. Masalahnya orang sekeliling ni laa. Ily pulak bukan jenis nak cerita apa yang Ily dah buat kat orang sekeliling. Kawan baik pun tak tau details pasal ni. Korang readers Ily lagi tau details. Hehe.

      Delete
  6. adoi..adoi...mulut xde insuran namanya...xpe..klu kena mcm ni..kompem bergenang..tp xpe..sabar ily...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Anis. Alhamdulillah, ok dah. Awal-awal je emoooo :p

      Delete
  7. orang yang tk mengalami situasi kita tak pernah fham apa yg kita lalui..biar beribu pnjelasan di tutur,dorg tetap tak kn fham..so whatever la..terima saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau orang yang tak mengalami tak faham, saya ok lagi. Ini orang yang sama situasi. Haihh. Takpelaa, dia dah lupa kesusahan dia dulu kot :)

      Delete
  8. Manusia Melayu mudah lupa.. Sbb Melayu tu Islam dan seakan lupa akan kekuasaan & ketentuan Allah kan. Tp lagi teruk bila dia lupa yg dia pun pernah alami fasa penantian bertahun2 tu. Haishh mmg tahap kritikal punye LUPA mokcik tuh! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa. Takpe, anggap mungkin sebab dia makcik la tahap lupa dia kritikal punya. Opsss!

      Delete
  9. Biasa la ILY, mcm ILY kata, manusia mudah lupa... i really hope that if Allah anugerahkan I anak, I x lupa susahnya sampai menyakiti hati org lain...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ily pun harap benda yang sama. Semoga kita sama-sama tak lupa kepayahan kita nak dapat anak. Semoga Allah jauhkan kita dari jadik orang yang macam tu. Amin.

      Delete
  10. salam perkenalan,bersabar la ye... sy lg la hebat diuji Allah,sy dh kawin selama setahun,pegi check kt doktor pakar,rupanya sy tiada rahim.. hebat kan ujian y Allah beri kat sy dan suami... sy pon mcm awk,kt ofis,ada je nak perli2 sy,sebab sy xpregnant2..tp sy simpan je dlm hati.. :( sbr ye,at least,awk boleh usaha untuk mengandung. mcm sy ni,memg xde harapan dah.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan. Komen awak buat saya insaf, buat saya rasa 'kerdil'. Kadang-kadang saya pun terlupa yang ada orang lain diduga lagi hebat daripada saya. Saya rasa kalau saya di tempat awak, mungkin saya tak sekuat awak. Saya doakan Allah berikan yang terbaik untuk awak. Allah kurangkan kita di sini, tapi Allah lebihkan kita di sana. Semoga ada banyak kelebihan dan kebaikan yang Allah simpan untuk awak. Mintak maaf kalau post saya menyinggung perasaan awak. Thanks untuk komen awak yang mengingatkan saya.

      P/S: kalau singgah blog saya lagi, bagitau nama awak ek :)

      Delete
  11. manusia mudah lupa...mmg begitu...di office ni pn ada..semoga kita tak jadi mcamtu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, semoga kita tak lupa diri macam tu :)

      Delete
  12. be strong babe. i know u can. :)

    ReplyDelete
  13. Hi Ily, memang senang to say don't be affected by what ppl say, tapi sebenarnya, memang menyakitkan hati. Best part is bila orang tu sendiri sebelum ni menunggu lama to get a child... tapi what to do, some forget to always remember where they come from. Tak pe lah, semoga Tuhan mendengar our prayers... hugs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi there.
      Yes, I paling affected kalau orang yang pernah melalui situasi yang sama dan cakap as she never been there. Sabar jelaa :)

      Delete
  14. sepatutnya insan2 ex TTC mcm akak tu harus paling memahami dr org lain. kenapalah perkara ni pon x paham2 lagi. ishh.. susah toi la. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah kan? Harap-harap bila saya dah ada anak nanti, saya tak lupa kesusahan nak ada anak.

      Delete
  15. singgah lagi bace entry :)

    ReplyDelete
  16. tabah k...mmg allah jadikan org2 yg 'ngang' mcm tu kat muka bumi ni untuk org2 terpilih mcm kita ni kutip saham akhirat.... syukurlah diorg2 ni wujud....
    i pulak, akak ofis i pun childless by nature gak tp baru2 ni dia amik anak angkat...punye lah eksyen dgn saya mcm dia lah sorang ada anak, walaupunnnnnnn.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, betul. Setuju sangat dengan komen awak :)

      Delete
  17. ada sorg officemate saya dah ada 2 anak...nak tambah lg la ni..no 3..
    anak no 2 dah besar dah...
    saya mmg tahu dia tgh nak berusaha nak tambah dari kwn2 baik dia la...

    bile saya lambat prengnant dia sebut sebut 'chaiyok..chaiyok!! suruh usaha btul2la kan..
    tapi dia sendiri pon tgh chaiyok2 cahaiyok...saya x pernah cakap cmtu pon...
    nampak x...nampak x...very fishy here??
    choiii..malasla nak bercakap or bergado2 dgn org camni...
    xyahla nak cakap camtu...sb sndri pon tgh usaha...
    saya panas hati gak...baru semalam berlaku..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang-kadang saya tak faham dan hairan dengan sesetengah orang. Diorang buat hal pregnant dan anak berapa ramai ni macam pertandingan pulak. Kenapa laa macam tu. Kesian la kita yang TTC ni. Huhu.

      Delete
  18. ily,sy xdpt nak bg nama sy..sebab sy malu..kekurangan sy ni,hya family sy n suami je yg tau..family mertua pon xtaw..sebab sy takut dgn penerimaan mereka dkt sy...alhamdulillah sy dikurniakan dgn suami y sgt baik.dia dpt terima sy seadanya...kalu awk nak tau,tiap2 hari sy nangis..xtertanggung taw rasa jadi wanita xsempurna ni..sy selalu mempempersoalkan,kenapa sy y dipilih Allah untuk terima ujian mcm ni...tp sy taw,xbaik mcm 2..tp sy hanya manusia biasa.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's ok my dear. Saya faham. Awak bertuah ada suami yang baik dan memahami. Nampak kan kebaikan Allah pada kita? Bila Dia kurangkan sesuatu daripada kita, Dia gantikan kita dengan sesuatu yang baik. Awak kuat, sebab tu awak diuji dengan ujian berat macam ni. Saya doakan awak tabah dan happy dengan suami sampai bila-bila.

      Saya pernah terbaca somewhere, blog Wany Ardi rasanya. Dia cakap lebih kurang macam ni, 'kadang-kadang kita ditakdirkan untuk tidak melahirkan dan menjaga zuriat sendiri. Tapi mungkin kita ditakdirkan untuk menjaga dan menyayangi anak-anak yatim'.

      Be strong my dear. Hugs!

      Delete
    2. tq sebab doakan y baik2 utk sy n suami.. insyallah mmg plan nak amik anak angkat pun,cuma tunggu masa y sesuai je... cuma kdg2 rasa sedih n bersalah kt suami je,sebab xdpt bagi zuriat untk dia...

      Delete
  19. maybe ily dh usaha mcm2, ada makcik dl krm buah zuriat dr mekah utk mereka yg lambat pregnant..ily bertuah dah ada suami, 5thn msh br lg, insya-Allah ada perancangan Dia yang tersembunyi, maybe nak kita berbuat baik pada ibu bapa dl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, lima tahun masih baru. Saya dan suami selalu fikir macam tu. Ramai lagi pasangan yang dah berbelas tahun diuji tiada zuriat. Betul komen awak, kadang-kadang saya rasa Allah bagi masa untuk saya balas jasa mak ayah saya. Thanks!

      Delete
  20. sama la dgn L, keluarga MIL semua dh tanya.. tempat kerja tak lah sebab L freelance je.. xsempat diaorg nk tanya.. tp kalau saudara yg tanya mcm tu lg sakit hati.. my FIL pn perli macam2.. sampai dia cakap.. kucing yg kecik time L kawen hr tu dah beranak 3x.. ade ke patut samekan L dgn kucing -.-. sabarjela...L kuat semngat nak usaha.. tapi kdg2 rasa down sgt2.. ape yg slalu kuatkan L kisah2 TTcian yg ade yg dh 5 thn ke atas masih x preggy.. ini baru sikit tuhan duga,, Ya Allah,, L doakan semua ttcians berjaya hamil..dapat zuriat soleh/solehah.. InsyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ye L. Memang menyakitkan kalau orang terdekat tak faham. Saya bersyukur family saya dan mertua tak pernah push kami suami isteri. Kalau L rasa down, ingat kelebihan yang Allah bagi kat kita. Banyak sebenarnya kelebihan yang kita ada. Tapi kita selalu terlupa sebab asyik mengenang kekurangan yang satu tuh. Saya pun doakan untuk awak. Amin :)

      Delete
    2. saya kena dengan mak sendiri..huhu..mungkin dia tak maksud pun nak kecilkan hati saya, tapi memang terasa sangat2

      pernah sekali tu dia cakap, sebelum saya kawin dulu dia tanam pokok pelam, kot2 nanti saya pregnant mengidam senang nak makan pelam..sampai pokok dah berbuah, sampai dia dah tebang pokok tu saya tak pregnant lagi..sambil gelak2..huhuhu terasa sangat masa tu...

      kucing betina saya dah agak tua tapi tak beranak pun dia gelakkan sebab dia kata mandul agaknya...padahal saya ni anak tunggal perempuan dia, sangat rapat..pun dia tak berapa faham, inikan pulak in laws/orang luar yang takde kene mengena..lagi le tak paham kan..sabar jelah

      Delete
  21. ily, sabar....org2 mcm tu tak mkn saman...kita x boleh elak2 dr makcik2 yg 1 ofis dgn kita yg asyik tanya, "Dah ada isi ke?", "Kenapa lambat sgt?".

    Annoying sgt...senyum je kt diorg sbb mls nak ulas...Kan semua tu kerja Allah...nape ssh sgt diorg nk fikir mcm tu eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa. Itu yang saya kadang-kadang geram jugak sebab diorang tanya soalan yang saya tak mampu nak jawab. Mana laa kita tau bila Allah nak bagi kita pregnant, kan? Hehe. Macam-macam la diorang ni. Sabar jelaaaaaaa.

      Delete
  22. sy pun dah 5 thn tp blm dpt huge anak sndiri lg..nasib hubby bnyk bg sokongan walaupun sy dpt tekanan dr family in law n rakan2 opis..penah trasa ati sgt2 ngan mak sedara hubby bila dia ngan bangga bg taw anak dia yg kawin slps kami dah mngandung...sabaq la wahai hati in shaa Allah akan tiba masanya nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, kita still ada suami yg byk bg sokongan. Pasal orang lain tuh, kita mmg tak daya nak halang. Sabarlah, kita doa banyak2 semoga Allah makbulkan. InshaAllah :)

      Delete
  23. hai ily. i baru singgah sini :)

    paling kelakar akak tu siap cakap "awak mesti sedih kalau diorang pregnant dulu". Tajuk album ini ialah lawak sadis ye. ;)

    memang sting masa mula-mula kena kan, tapi dah lama2 kita pun ok. i pun pernah kena juga. tapi sekarang buat stok gelak-gelak je 'kata-kata' tu. kenangan & peringatan untuk diri sdr pada masa depan jugak tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Thanks sudi singgah sini. Hehe. Tulaa, kadang-kadang rasa sedih jugak bila kena macam tuh. Tapi lama-lama rasa macam malas nk amik tau. Pastu kadang-kadang jahat jugak mulut nih balas balik. Haha.

      Delete
  24. salm pkenalan...mulut cm longkang makcik tu..think positif key..sy 5 thn br dpt anak.now bdk kecik tu dh besar pnjg..tngh iktiar 2nd baby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai, salam kenal. Thanks seri. Sy doakan ikhtiar awk utk 2nd baby berjaya :)

      Delete
  25. Lil Z lahir setelah hampir 6thn kami tunggu. masih terkesan smpi skrang perjuangan, air mata dan susah payah yg kami hadapi. sampai skrang sy masih sensitif utk melihat gambar baby di FB etc. smpi skrang sy masih berusaha utk tidak menguris siapa2 yg TTC sb sy pernah di landasan itu satu ketika dulu. smpi skrang ,stiap kali bukak blog TTC, sy masih mampu mengalirkan air mata. membaca perjuangan rakan2 yg lain. pernah berada di situ, emosi lama masih ada. mungkin utk anak kedua sy akan melalui bende yg sama jgk nnti. doakan yg terbaik utk ily dan semua yg masih berusaha. akan ada rezeki, percayalah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks JD. Hanya yang berada di dalam 'kasut' yang sama dengan kami yang TTC nih saja yg faham perasaan kami. Thanks!

      Delete
  26. biasa la..manusia kn mudah lupa.sy pn selalu kne sound ngan akak clerk kt opis sbb lambat kawen.(sy kawen di usia 27thn).akak clerk tu ckp sy memilih sgt sbb tu lambat kawen,pdhal dia pn kawen umo 27gak n jd isteri ke3.(bkn niat nk kutuk dia isteri no.3 ok,dh jodoh dia..)tp ble nk marah sgt ngan mulut puaka dia tu penah gak la terkeluar dr mulut ni"aku ambik laki ko baru tahu"..hehe..dan2 je,lps dia kawen trus kutuk aku ni lambat kawen.sabo jek la...klu dia kawen umo 17 logik la gak nk mengata org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa. Yang paling sakit ati sebab diorang nih tua. Ada yg lg tua dari mak ayah saya. So, nak sound lebih kurang pun tak sampai hati. Tapi diorang tak pernah pulak nak fikir hati kita kan? Huhu.

      Delete
  27. yups..sy phm perasaan awak..sy aritu blm smpi setahun kawin blm pregnen pn da dgr ckp2 yg menyentuh hati..since dr tu..sy x prna tnya sepa2 shj yh da kawin dgn soalan yg mnjurus kpd isu pregnen..sbb sy phm org akn sedih dlm diam..kata2 tu sensitip bt mereka..dulu sy lg sedih..kawin blm pn setahun..tba2 kazen asben ckp lbi kurang mcm ni.."pasangn yg kawin sama hari dgn kami aritu bininya dah bersalin"..dlm hati sy.."ekeleh menyindir la tu..mentang2 aku blm ada pa2"..tp nasib la otak sy ni cargas dan tangkas..sy jawab apa.."aikkk..kami kawin blm pn smpi 7 bln..awal jgk terberanak"..terus si makcik tu trdiam..teda ckp apa2 lg slps tu..dlm hati sy..hihih...klu nak menyindir tu biar bertempat..tak psl2 kena balik...hihi..kazen sy lg la siap ckp.."brg sy tu buruk la..rusak la..ada penyakit la.."sedih sgt..tp diam2 shj..kwn sy pn ckp mcm2..ada ka sy d ckp da monopos..smpi ati kan..huhu..sabar byk2...sesungguh nya..Allah tu maha mengetahui..DIA jd kn kta mcm ni sbb DIA tahu kta kuat utk menghadapi dugaan demi dugaan yg mendatang...biar la org nak ckp apa..sedih dlm diam..jgn tunjuk rasa sensitip rasa marah dgn org2 yg mcm tu..sbb lg kta tunjuk lg suka mereka nak kena kan kta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, selalunya sy tak emosi depan diorang. Kalau diorang cerita pasal anak, sy join dengar. Kalau diorang perli sy, sy senyap atau sy akan balas sambil senyum. Padahal dalam hati Allah jek yg tau. Huhu. Takpelaa, Allah uji kita macam nih. Orang lain Allah uji cara lain pulak kan? :)

      Delete
  28. Salam Ily and all readers,

    saya juga ex TTC dan masih TTC :) ini tahun ke 11 kahwin. sama macam JD. Dapat anak sulung selepas enam tahun kahwin...melalui second trial IVF...masih berbekas rasa sedih, kepayahan, air mata, luka dan parut....memang sampai sekarang saya buka blog TTC akan menangis dan berdoa untuk semua yang menulis kerana saya yakin Allah mendengar doa seorang hamba yang mendoakan saudaranya yang lain dalam keadaan saudaranyai itu tidak mengetahui. (maksud hadith).

    dan kini perjuangan saya diteruskan untuk dapat zuriat ke dua.......2011: dua kali IVF, 2012: 4 kali IUI, 2013: 2 kali IVF dan satu kali IUI. Tidak tertanggung rasanya...memang pokai sangat2...memang berjimat cermat, memang saving kami hanya utk conceive...cukup duit, buat treatment,...kerana kami suami isteri redha dan tahu rezeki yang Allah beri adalah untuk kami menabung utk mendapatkan zuriat... saya doakan usaha kita semua mendapat hasil..kerana saya yakin Allah melihat usaha kita....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,

      Tersentuh hati sy baca komen awk. Macam-macam awak lalui untuk dapat anak. Alhamdulillah Allah makbulkan usaha awak. Usaha sy masih sedikit kalau dibandingkan dengan awk. InshaAllah akan terus usaha, usaha dan usaha. Thanks untuk doa awak pd kami yg TTC nih. Semoga Allah membalas kebaikan awk. Sy doakan usaha awak untuk dpt anak kedua dimakbulkan Allah. InshaAllah. Thanks again my dear :)

      Delete
  29. Hi Ily,
    Paham apa yg awak rasa, kakak ipar saya pun tunggu lebih dari 5thn utk dptkan baby, bila dah disahkn mengandung saya jd hairan dgn tak sensitif dia, waktu hari raya lps, dia masuk rumah, salam tetamu dan dtg kepada saya, usap perut saya dan tanya "ni bila lagi? hah, ni bila lagi nk ada isi?" walaupun waktu itu usia perkahwinan saya baru 6 bulan, saya rasa pedihnya. Thn ni? saya rasa saya dah lebih bersedia, xnak masuk toilet dan menangis lagi.

    ReplyDelete
  30. bila lambat kawin.. kena ngata jugak.. bila dh kawin x dpt anak lg pon di katanya jugak.. manusia manusia..

    ReplyDelete