Saturday, 25 May 2013

Shaklee : Vitamin B-Complex

Assalamualaikum,

Sebelum ni, saya bukanlah seorang yang suka makan ubat atau vitamin. Saya mengaku saya tak pernah istiqamah pun dalam makan ubat atau vitamin. Serius. Masa tu saya rasa saya muda dan badan pun sihat. Tapi bila saya dah kahwin, bila saya antara yang terpilih macam anda semua, termasuk dalam golongan yang perlu usaha lebih untuk dapatkan zuriat, di situlah bermulanya kehidupan saya dan ubat-ubatan.

Saya tau, readers saya tau apa treatments dan ubat yang pernah saya telan sepanjang usaha TTC saya. Dan sehingga sekarang pun usaha saya masih belum dimakbulkan Allah. Sedih, memang sedih. Tapi takpe, Allah tahu yang terbaik untuk kita, kan? Kita usaha selagi termampu, selagi terdaya. Sekarang, umur dah menginjak ke 30an. Saya masih berusaha. Bezanya sekarang, saya 'bercuti' daripada rawatan di hospital. Saya penat sebenarnya bila setiap kali jumpa doktor, IVF sajalah jalan penyelesaiannya. Saya rasa saya belum bersedia.

Kemudian, saya cari alternatif lain. Saya tau saya tak boleh duduk diam tanpa ada alternatif lain kalau saya nak 'bercuti' daripada rawatan hospital. Saya makan supplements macam yang pernah saya cerita dalam blog sebelum ni. Klik sini untuk baca supplements yang saya pernah dan tengah consume sekarang, http://my-own-ttc-story.blogspot.com/search/label/Supplement

Terbaru, saya mencuba vitamin Shaklee. Tak banyak pun yang saya consume, hanya Zinc, B-Complex dan GLA Complex. Alhamdulillah, saya nampak kesan positif pada diri sendiri. Saya bukan nak promote atau paksa korang beli. Saya tau ramai dah try Shaklee dan nampak perubahan positif. Saya share berdasarkan apa yang saya rasa. Perubahan pada diri saya. Then saya tambah Alfalfa dan Lecithin pulak.

So, hari ni saya nak share pasal vitamin B-Complex. Kenapa B-Complex? Jawapan saya, senang jek. Sebab ada folic acid! Hehe. Saya malas nak telan folic acid yang kecik-kecik tu. Sampai dah tahap nak termuntah hari-hari dok telan. Lepas tu nak makan vitamin lain lagi. So, beli la B-Complex Shaklee nih. Telan sebiji jek sehari. Siap ada vitamin B dan folic acid terus. Senang kerja saya. Haha.



Untuk makluman, ingredients B-Complex adalah:


Masa mula-mula saya makan B-Complex ni, saya tak tau pun ianya bagus untuk kecantikan kulit jugak. Eh, bukan nak bagitau kulit saya dah cantik bila makan vitamin ni. Belum lagi. Hehe. Tapi ada improvement. Muka dah tak berapa kusam macam dulu. Ini suami yang perasan. Suami tegur cakap muka macam cerah sikit. Hehe. Lepas tuh saya rasa lebih bertenaga daripada sebelum ni. Salah satu tanda badan kita kekurangan vitamin B bila kita cepat rasa letih, lesu, stress. Haa, patut laa saya selalu stress kot sebelum ni. Kekurangan vitamin B agaknya. Hehe. Saya rasa kalau kita google, banyak sangat info kita boleh dapat pasal kebaikan vitamin B dan info produk Shaklee. Saya pun bukan berniat nak bisnes sangat. Saya just nak share dengan korang kesan positif yang saya dapat. Mungkin lain orang, lain kesannya. Harga runcit produk ni RM53.75 (Semenanjung) dan RM56.25 (Sabah & Sarawak). Tapi kalau la ada yang berminat nak try product Shaklee, saya boleh tolong bagi harga lebih murah. InshaAllah kita kongsi sama-sama kebaikannya :)

ID Shaklee : 965929
Email         : ffi.2211@gmail.com


3 comments:

  1. Salam, i pun rasa produk shaklee nie bagus. I try dengan GLA, alhdulillah period i kembali regular walau duration cycle 40 days. Memang period cycle i panjang. Now my husband pulak try ambik zink n Vitamin B. Kesannya belum nampak lagi la, sebab baru beberapa hari try.

    ReplyDelete
  2. just nak kongsi
    rm1/pc strip test upt pregnancy dan rm1.20 stript test opk kesuburan
    email; lovidoobidoo@gmail.com
    blogshop; http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/
    sms:puan nor 0122723104

    ReplyDelete