Tuesday 15 November 2011

Injured

Assalamualaikum,

Amaran: Kepada sesiapa yang takut/ geli tengok darah, better jangan tengok gambar kat entry nih.

Tadi semasa saya tengah buat preparation untuk folliova jab, semasa nak patahkan muncung botol ubat tuh saya mengalami kecederaan. Jari telunjuk kiri terbelah dek kerana serpihan botol tuh. Memula ingatkan luka biasa. Sekali saya tengok, panjang dan dalam jugak luka tuh. Darah pulak tak henti-henti mengalir sampai penuh satu tangan. Cerita betul nih, bukan exaggerated. Huhu.Tapi saya gagahkan diri abehkan folliova jab dengan jari yang luka tuh berbalut tisu. Saya capai jek tisu Subway yang ada atas meja depan saya. Selesai cucuk, terus basuh luka dengan harapan darah akan berhenti. Tekan kuat-kuat pon darah tanak berhenti. Meleleh-leleh darah dalam sinki, kat lantai toilet. Ahh, tak boleh jadik nih. Saya terus balut dengan tisu and ikat dengan getah. Saya tukar baju dan seluar. Sarung tudung, cepat-cepat turun ke klinik bawah apartment nih. Nasib laa ada klinik yang dekat.

Tisu Subway berdarah. Maaf kalau geli.

Sampai klinik, terus ke registration kaunter tunjuk kat nurse. Masuk bilik doktor, doktor bawak ke dressing room. Ahh, nervous nak mati. Doktor siap prepare barang macam-macam sambil nurse dok tekan jari saya. Doktor cakap, terkena urat. Sebab tuh darah tak berhenti. Luka pon agak dalam. Doktor bagi dua options, jahit atau glue guna apatah nama ubat tuh. Laju jek saya cakap glue. Tak sanggup nak tahan sakit nak jahit. Doktor cakap, glue mahal sket. Takpe laa doktor. Mahal pon mahal laa. Huhu. Kat dressing room pon lama la pulak. Jenuh jugak nurse tekan jari saya nak bagi darah berhenti. Pas darah dah kurang, cepat-cepat doktor letak glue kat celah luka and tekan rapatkan luka. Adehh, sakit gilos laa! Tapi redha, sebab kalau jahit lagi sakit.


Inilah hasilnya rawatan yang melibatkan kos RM98. Kalau jahit lagi murah. Tapi sanggup nak tahan? Ohhh, tidaklahhh!

Folliova, folliova! Nak jadik sebab kan arini pulak susah nak patahkan muncung botol tuh. Slalu senang jek.

Anak ohh anak! Pasrah T__T


- Posted using BlogPress from my iPhone

4 comments:

  1. Ya Allah, ngilu kekda tgk Ily... bertabah je Ily gi klinik. Kalo kekda da pengsan siap da kut. Huhu.

    Apa pun, take care yer Ily, mungkin ada hikmahnya di sebalik dugaan ni :)

    ReplyDelete
  2. huhu..ngerinyer...sampai mcm tu sekali luka,kalau sy konfem pitam..hati2 ye lain kali=)

    ReplyDelete
  3. Kekda: Memula ily tanak gi klinik. Macam bajet darah leh benti pastu sapu laa minyak gamat. Sekalik tak benti2 lak. Panik ily! Sbb tuh gagah gi klinik jugak. Ily pon takleh tgk darah sgt, tp semalam tgk jugak laa sb sorg2 kan kt umah..sob sob sob..

    Thanks Kekda :)

    ReplyDelete
  4. PutriesNoora: tulaa..nak jadik sebab laa tuh. Padahal sebelum-sebelum nih senang jek nak patahkan..haishh..nasib, nasib..Hehe..Thanks!

    ReplyDelete