Thursday 10 November 2011

IUI #2: CD29, 15dpiui

Assalamualaikum,

Officially IUI#2 saya failed. Hari ini saya telah pun selamat didatangi period. 

Perasaan? 

Susah nak digambarkan macam mana. Yang pastinya, berbeza dengan kegagalan IUI #1 sebab tadek nangis-nangis, tadek rasa down yang tersangat-sangat down (tipu la kalau saya cakap tadek rasa sedih langsung. Ada, tapi biasa-biasa), tadek rasa macam useless or tak normal sebab still tak pregnant eventhough buat IUI. 

Saya rasa sebab saya dah bersedia dari hari saya buat IUI lagi. Macam yang saya cerita dalam entry yang lepas. Takpe, masih belum rezeki saya. Rezeki saya tak sama macam JD.  Congrats JD! Saya tumpang happy and kejayaan awak buat saya nak usaha lagi. 

Sebenarnya, saya agak terkejut dengan penerimaan diri sendiri terhadap kegagalan kali nih. Semacam redha dan pasrah pulak. Hehe. Mungkin sebab saya dah mind set daripada awal agaknya. So, tak terasa 'sakit' sangat bila tak jadik.

Usaha selepas ini? Saya tak akan berputus asa. Saya akan try lagi untuk IUI #, in fact saya dah pon call klinik and set appointment utk TVS CD2 esok pagi. Hehe. Saya pon tatau mana datang kekuatan macam tuh. Dah failed pon terus nak sambung lagi. Huhu. Memula suami tanya sama ada nak sambung atau rest. Saya macam 50-50. Cakap dengan suami macam nak rest. Tapi lepas saya abeh discussion tadik, saya terus angkat gagang phone and call klinik. Hehe. Takpelaa, usaha kan tangga kejayaan? 

Semoga dipermudahkan semuanya. InsyaAllah :)

Ok, bye! 

8 comments:

  1. insyaallah...........
    moga dipermudahkan urusan....amin

    ReplyDelete
  2. sy doakan yg baik2 utk ily. ily jgn putus semangat tau. mungkin rezeki sampai iui akan dtg. sy doakan ily.

    *hug*

    ReplyDelete
  3. ILY, ada hikmah tu... Insya-Allah...teruskan usaha ya... I'm having 2nd laparascopy tomorrow. Hopefully result ok & can move to IVF soon. Take care :-)

    ReplyDelete
  4. Positive mind bring positive output insyaAllah....
    Good luck!

    ReplyDelete
  5. xpe..tgk cycle bln dpn cmne...saya juga gagal IUI. next cycle nya saya mengandung.lps gagal IUI saya try cara natural..without clomid pon...doc kata bole jadi mengandung juga sebenarnya..sb ubat masa buat IUI masih ada..mungkin taim tu belum ideal utk mngandung...tunggu 3 cycle berturut2..pikir positif..insyallah:)

    ReplyDelete
  6. su su: InsyaAllah..thanks dear :)

    JD: Congrats! Hehe. Dont worry, InsyaAllah sy takkan putus smgt..thanks dear ;)

    sweet tooth: yup, agreed. Everything happens for a reason. Ermm, sy doakan semuanya berjalan lancar. Amin.

    Mrs. ShiZni: Thanks babe :)

    mag: rezeki awak dh smpi. InsyaAllah kalau ada rezeki saya pas nih, ada laa :)

    ReplyDelete
  7. teruskan usaha..saya da 3x IUI semua fail..saya doakan yg terbaik untuk kita semua..
    insya allah..

    ReplyDelete
  8. Anon: thanks..sy doakan yg terbaik utk awak jugak :)

    ReplyDelete