Assalamualaikum,
Sebelum mula entry, ada sikit pemberitahuan. Kata ganti diri yang digunakan dalam blog ini bagi entry yang lepas iaitu AKU akan ditukar kepada SAYA mulai dari entry ini. Sebab? InsyaAllah, kalu ditakdirkan Allah dan diberikan rezeki ada anak sendiri nanti, saya nak anak saya baca blog nih. Nak anak saya tau macam mana susah nak dapatkan dia :) Tak, saya tak menyesal dengan dugaan Allah. Saya tahu kat luar sana ramaaaaiii lagi yang terpilih untuk diduga perkara nih kan? In fact ada yang lagi teruk dugaannya berbanding saya.
Ok, mula balik entry ini.
Hi u'ols! Apa khabar? Macam mana treatment u'ols? berjalan lancar? Saya doakan yang terbaik untuk kawan-kawan TTC semua. Saya baru masuk kerja hari nih. Isnin dan Selasa dapat MC sebab demam dan sakit kepala. Tatau la sebab apa. Mungkin sebab weekend tuh asyik kena hujan jek kot. Saya cakap dekat suami yang saya create blog baru untuk catatkan semua perjalanan TTC kami. Suami tanya kenapa nak buat blog baru? Saya cakap, dengan blog baru nih saya tak segan nak cerita. Kalau guna blog personal yang ada tuh, macam segan nak cerita. Lagipun blog baru nih identiti lebih tertutup. Suami saya cakap, 'Ikut suka hang laaa!' Hehe.
Sebenarnya, saya pernah terbaca somewhere kat blog someone yang TTC jugak. Dia kata bila buat blog TTC dengan tidak mendedahkan identiti, dia rasa lega sket. Banyak dia luahkan kat blog. Secara tak langsung, dia kurang stress. Dia jumpa kawan-kawan yang memahami dan saling memberi semangat. Seriously, saya pun nak macam tuh. Saya nak kurangkan bebanan perasaan saya. InsyaAllah dengan blog nih saya akan kurang stress kot. Hehe. Saya nak kongsi cerita dengan kawan-kawan TTC yang lain. Saya nak jadikan kawan-kawan semua sebagai pemberi semangat saya walau pun kita tak kenal each other. Mana tau nanti-nanti ada rezeki jumpa face to face dengan kawan-kawan TTC semua kan? InsyaAllah.
Kadang-kadang, orang yang rapat dengan kita pun takkan faham apa yang kita rasa sebab dia tak lalui apa yang kita lalui. Kadang-kadang, orang yang kita tak pernah jumpa akan lebih memahami kita sebab apa yang kita tempuhi, sama macam apa yang dia hadapi.
So, hello strangers! Hehe.
Ok, bye!
So, hello strangers! Hehe.
Ok, bye!