Tuesday 17 January 2017

Ren Yi Acupuncture & TCM Treatment Centre

Assalamualaikum,

Sabtu lepas saya ke acupuncture centre lagi. Sampai situ pukul 11. Miss Angeline check nadi dan suruh saya masuk ke bilik untuk acupuncture. Dia kata dah almost ovulation day dah. Masa tu CD13. Kali ni point yang dicucuk jarum lebih banyak daripada yang first time hari tu. Kat kepala ada 2 point. Kaki kanan lebih banyak point dari kaki kiri. Tempat lain sama macam sebelum ni, perut, tangan kiri dan kanan. Masa sejam lebih terasa cepat sangat sebab saya tidoq! Hehe. 

Selesai acupuncture, saya ke bilik chiropractic sebab saya kerap sakit tengkuk dan bahu. Buat treatment body alignment tapi focus on neck and shoulder. Dia guna vibrator gun ke apatah. Seriau jugak sebab tengkuk kan. Takut la jadi apa-apa. Huhu. Alhamdulillah ok. Miss Angeline kata tulang area tengkuk tu 'kelam kabut'. Maksud dia ada problem la tu. Sebab posture badan masa kerja dan tidur. Tapi serius, kalau datang sakit tu memang apa pun tak boleh. Stress je. Dah semakin tua ni semakin banyak pulak sakit. Huhu. 

Sesi kali ni pun dapat ubat herba jugak. Untuk boost ovulation. Sehari 2 kali untuk seminggu. Tapi, rasa herba tu Ya Allahhhh! Tak sedap! Boleh keluar air mata jugak la nak menelannya. Erghhh. Tapi nak buat macam mana, kan? Ku gagahi jugaklahh. Heh. Next appointment Sabtu ni untuk acupuncture lagi. 

Total cost untuk treatment kali ni adalah RM112. Ubat herba RM72 dan chiropratic RM40. Ok, nanti saya share lagi ye. Bye!

12 comments:

  1. Hi, saya terjumpa blog TTC ILY semasa internet search . Mungkin ini satu-satunya blog TTC yang masih aktif ( selain ttc group di fb). Diharap blog ini memberi harapan kepada semua pasangan TTC. Keep up your work and good luck to you !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dr. Thanks for dropping by. InshaAllah, semoga benda yg saya kongsikan mendatangkan manfaat kepada yg lain :)

      Delete
  2. wah.. ada chiropractic juga.. nak try la kat sini pula.. dekat pun dekat dgn rumah kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, masa pegi hari tu nampak kat list dia ada chiropractic treatment. Tu yang try. Bole la try pegi. Selesa tempatnya. Hehe.

      Delete
  3. Huhuhu... ttcian ni memang gagah kan... bg la apa pun, kita ttp gagah telan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, setuju sangat! Nasib badannn. Hahah

      Delete
  4. Bila la nak start TTC lagi ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom start tahun ni! Hehe. All the best sis!

      Delete
  5. Salam perkenalan..sy baca dr start smpi habis entry puan..smpi kul 1.15 pagi..hehe..sy pn ttc juga dan akan trus follow blog puan..sy disahkan pcos bln 12 thn lps..pernah chemical pregnancy november 2015..lps tu x lekat2..cycle ni on clomid n nk try iui..dgn prof zainul juga..ukmsc..semoga ada rezeki kita thun ni..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, terharunya saya. Thanks khatamkan blog saya ni. Hehe. Semoga dapat membantu ye. InshaAllah, teruskan usaha. Sampai masa Allah bagi rezeki tu kat kita. All the best sis :)

      Delete
  6. teringin nak try chiro tu ILY, nana selalu rasa alignment bdn ni tak betul.hehe

    ReplyDelete
  7. Hye, can i know what happen to ur ttc journey now?

    ReplyDelete