Monday, 20 June 2016

What's Next?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya telah berjaya ‘grad’ daripada suntikan lucrin yang keenam pada 24 Mei 2016. Hehe. Seminggu sebelum disuntik, saya diminta untuk membuat HSG. Keputusan HSG, kedua-dua tiub clear. Tiada cyst. Syukur Alhamdulillah! Lega sangat sangat sangat sangat :D

Sooo, what’s next?

Tunggu period untuk meneruskan treatment. Berapa lama nak period? Doktor kata bergantung kepada badan masing-masing. Ada yang selepas sebulan, ada yang dua bulan, ada yang tiga bulan. Jadi, tunggulah dengan sabar. Saya harap lepas raya baru period. Kalau ada rezeki dapatlah puasa penuh tahun ni. InshaAllah.

Selama enam bulan disuntik lucrin dan tidak period, kesan paling ketara yang saya rasa adalah badan panas berbahang. Berpeluh-peluh. Tidur malam asyik nak on aircond jek. Pasal mood swing, rasa jugak. Tapi masih boleh control. Jarang la suami kena marah. Haha. Sakit lutut, rasa jugak kadang-kadang. Mungkin kurang calcium. Penambahan berat badan? Alhamdulillah tak naik. Sebab saya workout seminggu tiga kali. Mungkin sebab tu jugaklah kurang moody. Sebab bila workout, badan berpeluh dan mengeluarkan hormon gembira kot? Haha. Kesimpulannya, kesan lucrin ke atas saya yang paling saya tak tahan hanyalah panas badan. Syukur. Oklah, nanti dah start treatment, saya share kat sini ye? Doakan semoga tak tunggu lama untuk period. Aminn.

Selamat Berpuasa! Mohon maaf sekiranya ada silap dan salah saya kepada semua. Semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa-doa kita di bulan yang mulia ini. InshaAllah.

Di kesempatan ini jugak saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri (in advance). Hehe. Bye!





Tuesday, 26 January 2016

Kisah Lucrin 3.75mg

Assalamualaikum,

Lama tak menulis blog sejak tiada progress treatment TTC.  Sebelum saya teruskan entry ini, maaflah sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang saya tulis. Ini adalah melalui pengalaman saya sendiri sebagai pesakit yang mendapatkan rawatan di PPUKM.  Mungkin pengalaman korang tak seperti saya. Mungkin perjalanan rawatan korang smooth and steady. Ditakdirkan saya kena lalui benda-benda macam ni agaknya.


Kalau ada yang masih ingat, sebelum ni saya ada bagitau yang Doktor maklumkan saya tak perlu suntikan lucrin selepas laparotomy bulan Mac 2015 lepas kan? Rupa-rupanya salah judgement Doktor tersebut. Semuanya bermula bila saya ke MAC PPUKM untuk rawatan susulan 6 bulan post laparotomy. 28 Oktober 2015, saya ke MAC untuk berjumpa dengan Prof. Zainul. Macam biasa, waktu menunggu adalah sangat lama. Hampir 4 jam. Tapi saya tak kisah tentang itu. Menunggu pada saya adalah perkara biasa.

Kemudian, nama dipanggil dan saya masuk berjumpa Prof. Oh, sebelum itu saya ke bilik scan untuk TVS terlebih dahulu. Alhamdulillah, cyst tiada. Masuk berjumpa Prof. dan soalan pertama daripada beliau buatkan saya agak sakit hati, ‘Kenapa tak disuntik Lucrin selepas operation?’. Jawapan saya, ‘Manalah saya tahu Prof. Saya dah tanya Doktor masa sehari selepas operation, tapi Doktor kata tak perlu’. Prof sambung lagi, ‘Saya dah tulis dalam buku awak yang awak kena suntik Lucrin selama 6 bulan. Kenapa la Doktor ni tak inject? Bla bla bla bla’. Prof. membebel sebab Doktor yang handle kes saya tak suntik Lucrin kat saya. Saya dah malas nak menjawab sebab saya dah rasa sakit hati. Selama 6 bulan waktu saya membazir macam tu sahaja. Doktor sama Doktor pun boleh miscommunication. Yang lagi menyakitkan hati, kalaulah Doktor atau Prof atau nurse atau sesiapa sahaja buka dan review fail saya, diorang boleh call saya untuk datang amik suntikan. Tapi ni selepas 6 bulan baru ‘perasan’? Alahai.  Kemudian, hari itu juga Prof. suntik first dose kepada saya. Dan next appointment adalah pada 24 November 2015. Prof. minta saya rujuk kepada Doktor yang handle kes saya. Jangan jumpa Doktor lain katanya. Baiklah!

Beberapa hari sebelum 24 November, saya terima call daripada PPUKM minta appointment ditangguhkan pada 8 Disember 2015 atas sebab Doktor tersebut tiada pada ketika itu. Ok, tiada masalah. Sehari sebelum 8 Disember, saya terima mesej daripada PPUKM maklumkan appointment dipinda pada 5 Januari 2016. Pinda lagi? Haihh. Tak apalah, nak buat macam mana kan? Saya bagitau suami pasal ni dan suami dah mula rasa tak puas hati. Suami membebel, saya diamkan saja.


5 Januari 2016, saya ke PPUKM bersama suami. Seperti biasa, letakkan kad temujanji di kaunter dan tunggu nama dipanggil. Tak berapa lama, nama saya dipanggil. Nurse di kaunter cakap, ‘Puan, Doktor A***a tiada hari ni. Mungkin kena tukar tarikh appointment’. Saya yang memang dah tak berapa boleh bersabar terus menjawab, ‘Kenapa tak call? Awak ingat rumah saya dengan PPUKM dekat ke nak ulang alik macam tu jek? Saya pun kerja jugak. Sekarang saya dah sampai. Tolong bagi saya jumpa mana-mana doktor yang ada. Biarlah tak jumpa dengan dia pun!’. Memang saya marah. Mungkin saya tak patut lepaskan pada nurse tersebut. Tapi boleh tak diorang prihatin dengan benda-benda macam ni? Kami pesakit boleh faham doctor sibuk. Kami boleh tunggu berjam-jam lamanya. Tolonglah.

Menunggulah lagi kami hampir 4 jam lagi. Dari pukul 9.00 pagi sehinggalah hampir pukul 1.00 petang barulah saya dapat masuk ke bilik Doktor. Saya ceritakan semua kat Doktor dan dia terus rujuk kepada Ketuanya. Doktor tu maklumkan yang saya sepatutnya tak boleh skip injection. Kena ikut regime sebulan sekali. Walaupun Doktor A***a tadek, nurse di kaunter sepatutnya tak boleh postpone appointment saya. Doktor tu minta maaf pada saya dan bagitau saya kena start balik suntikan lucrin selama 6 bulan berturut-turut. Doktor tu juga letakkan remarks dalam sistem yang appointment saya  tak boleh dipinda. Tetap kena datang sebulan sekali untuk suntikan. Tak kisah dengan mana-mana doktor.  Maka, saya perlu menghabiskan lagi 6 bulan untuk complete regime Lucrin. Bulan Jun 2016 barulah lengkap suntikan tu. Kemudian, kena tunggu 2 atau 3 bulan untuk period seperti biasa. Rasanya, setahun ni jugaklah menunggu.

Saya anggap ini part of ujian daripada Allah. Tapi kesabaran saya dengan PPUKM dah makin hilang. Suami apatah lagi. Marah betul dia. Nasib baik saya dapat pujuk dia tak payah masuk jumpa doktor. Nanti tak pasal-pasal doktor tu kena marah. Ni pun dah beberapa kali suami ingatkan, ‘Settlekan hal Lucrin 6 bulan ni. Lepas tu kita pergi hospital lain. Kali ni kita pergi hospital swasta. Sakit hati tengok u kena layan macam tu’. Suami saya jarang nak marah-marah sebenarnya. Selalu dia ikutkan saya jek. Saya pun dah rasa penat sebenarnya. Fikir nak habiskan regime Lucrin jek. Lagi pun saya boleh guna GL di PPUKM. Takpelah, sekarang ni biar selesai hal ni dulu. Nanti-nanti baru fikir nak sambung treatment ke mana.


Begitulah kisah saya, Lucrin dan PPUKM. Haha.  Jadi, azam tahun 2016 saya yang berkaitan dengan TTC boleh simpan ke tahun 2017 agaknya. Hehe. Azam sekarang adalah untuk menjalani kehidupan dengan GEMBIRA :)