Wednesday 25 February 2015

Counting Days to 26 March

Assalamualaikum,

18 Februari 2015, saya ada follow up check up di MAC HUKM. Jumpa Prof. Zainul untuk check up selepas miscarriage. Sementara tunggu Prof. Zainul, kes saya diambilalih oleh Dr. Sumitra, pembantu Prof. Dr. Sumitra sendiri yang buat TVS scan pada saya. Fibroid masih berukuran lebih kurang 6 cm.

Petang baru dapat jumpa Prof. Zainul sebab pagi tu Prof. ada mesyuarat. Masuk bilik Prof. dan dengar keputusan Prof. Saya perlu menjalani laparotomy dan myomectomy, pembedahan membuang fibroid secara incision through the abdominal wall. Saya tanya Prof. bila? Prof. cakap 9 Mac 2015. Saya minta dilewatkan sikit sebab saya tak bersedia secepat itu. Banyak kerja di office perlu diselesaikan sebelum cuti sakit. Prof. check jadual dan pilih 26 Mac 2015. Prof siap cakap tak boleh tangguh dah. Hehe. Saya redha jelaa. 

Keluar dari bilik Prof., Dr. Sumitra bagi surat kemasukan wad. Saya akan masuk wad pada 25 Mac 2015. Selesai semua, saya berjalan ke parking kereta. Oh, saya pergi seorang sebab suami saya outstation. Masuk dalam kereta, barulah saya rasa nervous. Rasa macam nak patah balik jumpa Prof. cakap tak nak operation. Haha. Sambil drive sambil membayangkan hari kejadian.

So, sekarang saya sedang menghitung hari ke 26 Mac 2015. To be honest, saya sungguh nervous! Bila mengadu dengan suami, saya kena marah. Suami suruh saya jangan fikir sangat, doa banyak-banyak. Huhu. Tapi dalam marah-marah tu, suami ajak naik Star Cruise kat Penang tu hari Sabtu ni. Mungkin dia pun nervous kot. Haha.

Semoga Allah pinjamkan keberanian dan kekuatan kepada saya. Doakan saya, please! :)

Ok, bye!

23 comments:

  1. Kuatkan semangat tau ily..cakap pada diri..ini untuk kebaikan,insha Allah ada ganjarannya nanti..selepas kesusahan ada kemudahan.,semoga segalanya dipermudahkan buat ily..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, terharu baca komen ni. Terima kasih ye. Semoga urusan akak juga dipermudahkan. Amin.

      Delete
  2. insyaallah pikir yg baik2 jek!! wahhhh cruise!!!! enjoy k :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah cuba fikir yang baik2 ni. Padahal takutt. Hehe. Thanks dear :)

      Delete
  3. ILY, dekat2 tarik schedule laparascopy i. hehehe...InshaAllah, skang teknologi dah maju... kejap jek baik luka operation tu. And u r in good hand pon... Smg Allah permudahkan, and kurangkan rasa nebes u tu. Take care dear...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi jugaklah ST buat laps lagi sekali? Sama-sama laa kita bertabah menunggu hari kejadian. Haha. Apa-apa pun, i doakan urusan u jugak dipermudahkan. U pun takecare ST :)

      Delete
  4. InshaAllah Ily...semoga Allah SWT permudahkan semua urusan Ily dan tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan lepas operation nanti....for the time being, enjoy yourself naik cruise....time ni la best berhoneymoon dengan suami...

    ReplyDelete
  5. wah bestnyaa naik cruise.. selalu berangan nak naik..

    semoga dipermudahkan urusan dan lancarkan semuanya. amin.

    jemput singgah blog
    surayajafar.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best. Try laa. First time naik cruise, takut nak gi tempat jauh2. Haha.
      Thanks dear :)

      Delete
  6. semoga urusan ily dipermudahkan. good luck

    ReplyDelete
  7. Good luck! Have a lot of faith and pray! It will all go well. Take care Ily!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I will. Hopefully everything runs well. Thanks dear :)

      Delete
  8. All the best Ily. In shaa Allah tak ada apa2. Pray a lot

    ReplyDelete
  9. No worries dear. U will be fine. Prof Zainul is a very good and efficient doctor. I have done op by him.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, he's a good doctor. It's just me being too nervous. Hehe. Thanks dear :)

      Delete
  10. semoga dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  11. Salam n hye dear..baru2 ni pun sy ada check up doc.. dulu da pernah. Ada banyak telur pramatang..now ada cyst..tp x besar..doc kata normal. Bila xdtg period..die mmg akan bengkak sikit. Insya allah surut nnt...sy amalkan habbasauda listra sekarang. Siapa2 berminat..boleh direct wassap sy..0176891480

    ReplyDelete
  12. Moga dioermudahkan....ily

    ReplyDelete