Wednesday, 9 October 2013

HSG di KPJ Tawakkal

Assalamualaikum,

Lama saya tak update blog. Maaf, sibuk dengan kerja. Banyak outstation. Suami pun terpaksa ditinggalkan. Saya ada cerita yang Dr. Adilah minta saya buat balik test HSG, kan? Maka pada 18 September yang lepas, saya berjaya buat test dengan Dr. Fatimah Yakin di KPJ Tawakkal. Appointment saya pukul 11 pagi. Pukul 10.30 pagi saya dengan suami dah sampai hospital. Tunggu giliran saya sampai. Pukul 11.30 pagi baru nama saya dipanggil. Nervous jugak walau pun dah pernah buat sebelum ni. Kalau tak silap dalam tahun 2009.

Masuk bilik x-ray HSG, tukar baju hospital dan baring atas katil yang dipenuhi dengan scanner/ alat x-ray. Sejuk. Aircond dalam bilik tuh sangat sejuk. Katil rasa sejuk. Kaki tangan saya pun rasa sejuk. Jantung berdebar macam nak kena operate jek gayanya. Hehe. Dr. Fatimah masuk, dan mulakan prosedur. Saya macam surprise jugak tengok doktor yang sempoi dan rugged macam tu. Hehe. Tapi dia sangat lembut dan berhati-hati masa buat kerja. Alhamdulillah tak sakit sangat. Cuma doktor terpaksa buat dua kali masa nak masukkan dye sebab tiub terkeluar balik. Huhu. Masa doktor inject dye, rasa senak sangat. Tapi saya dah biasa kena period pain yang teruk. So saya anggap sakit tu macam period pain.

Lepas dah inject dye, doktor tinggal saya terbaring selama setengah jam. Lepas setengah jam, assistant doktor masuk dan x-ray. Saya diminta pusing kiri dan kanan untuk x-ray. Selesai. Tukar baju dan tunggu kat luar. Dalam 10 ke 15 minit, result dah ready. Berdebar sungguh nak tau result. Tapi masa dalam bilik x-ray, doktor ada mention yang ovary kiri saya tinggi sikit. Doktor cakap tu biasa. Janji tiub ok. Dapat result, terus saya bukak envelope tengok. Result HSG saya;

No plain film abnormality is seen.
Water soluble contrast is introduced into the genital tract via a cannula.
The uterine cavity appears normal in size and shape.
Both tubes are normal in caliber and peritoneal spill is seen on both sides left more than right.
The delayed film shows the presence of loculated pelvic contrast suggesting the presence of pelvic adhesions.

Alhamdulillah, result nampak ok kecuali ayat last tuh; presence of pelvic adhesions. Saya search pasal ni, banyak info yang saya jumpa kata kena buat laparoscopy. Takutnya. Suami terus marah bila saya tunjuk apa yang saya google. Suami cakap, tunggu jumpa Dr. Adilah. Dengar apa doktor cakap. Huhu. Walau macam mana pun, saya bersyukur sebab tiub saya dua-dua ok. Alhamdulillah.

Cerita pasal Dr. Adilah, saya gagal jumpa doktor dua kali period berturut-turut. Bulan September, doktor ada training masa saya CD8 (hari sepatutnya jumpa doktor). Bulan ni pulak, saya call Nurse Ida, CD8 saya jatuh hari Isnin depan, 14 Oktober. Nurse Ida cakap doktor dah start cuti raya haji. Takde rezeki lagi. Takpe laa. Kita tunggu bulan depan pulak. Hehe. So, saya ingat bulan ni saya nak try homeopati Dr. Nik atau tempat yang Yannie Bunny try pegi. InshaAllah. Kita tengok nanti macam mana :)

Kawan-kawan yang komen kat blog dan email saya, saya mintak maaf sebab tak dapat reply email korang. Sungguh saya tak sempat, nak blog walking pun tak sempat. InshaAllah pasni saya try reply mana yang termampu. Thanks sudi komen dan email saya. Hugs!

12 comments:

  1. Ily...ramai yg nak cuba pergi buat rawatan di homeopati Dr Nik tu kan lepas Yannie up entry dia? Yani teringin nak cuba juga tapi jauh. InshaAllah sebelum hujung tahun ni cuba pergi kot...takde la awal2 mcm rakan2 TTC yang lain...nak kena sesuaikan dengan waktu cuti hubby..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa. Ily igt nak try kat Klinik Homeopati Dr. Nik Omar. Ada branch dia dekat area rumah ni. Tapi tak call lg. InshaAllah nanti nak call tny mcm mana :)

      Delete
  2. Doc pon ade suruh i pegi Tawakal jugak fr Hsg. Harap harap semuanya okay lah :)

    ReplyDelete
  3. Dr Adilah nak suruh kita g sesama jumpa dia tu. hahah.. u terpaksa delay jumpa dia while myself, i sendiri yg restkan diri dr treatment dis couple of months.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pon rasa macam tu babe. Haha. Nanti kita jumpa dia sama-sama. Tapi bila dah 2 kali period tak pergi hospital, rasa macam best pulak. Macam tak pk pasal ttc. haha.

      Delete
  4. Anben ros pun kekadang marah klu google jer :(
    Semoga dipermudahka yer kak.., :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelaa. Kita perempuan ni senang sangat terpengaruh dengan apa yang kita baca kan. Hehe. InshaAllah. Thanks ya :)

      Delete
  5. Ily, lama x update :-) smg Allah permudahkn usaha ily....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaa. Banyak sangat kerja & outstation. Aminnn. Thanks dear :)

      Delete
  6. Assalamualaikum sis..terbaca entry u dn ada soalan yg i nk tnya..last 2mnts i bru lps wt laparoscopic sbb ada 2 cyst kanan dn kiri ovari.dn slps period da mencuba utk 3nd baby tp blm bjaya.now doc nk wt HSG..berapa kos rawatan HSG? I rujuk dgn pakar kpj kajang.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam,

      Masa saya buat, HSG di tawakal RM180. Sekarang saya tak pasti harga sama atau lebih.

      Delete