Assalamualaikum,
Selamat hari raya saya ucapkan kepada semua ttcians dan pembaca blog saya ni. Macam mana raya korang? Masih ditanya soalan 'maut' lagi? Raya saya seronok. Suprisingly tahun ni tak ada pulak yang bertanya soalan tu. Mungkin diorang pun dah bosan nak tanya kot. Hehe. Yelaa, dah nak masuk lima tahun saya kahwin still tak pregnant. Diorang pun malas atau kesian gamaknya. Tak kisah laa, janji raya saya seronok. Hehe.
Sepatutnya period bulan Ogos ni saya akan sambung treatment dengan Dr. Adilah. Tapi period saya bulan ni masa raya pulak. Terus saya tanya suami, 'Kita start bulan depan boleh? Tengah-tengah bulan raya ni malas pulak nak pergi hospital'. Suami pun ok! Hehe. So, period bulan depan la saya jumpa Dr. Adilah balik. Tapi hujung bulan ni saya nak try dapatkan appointment untuk HSG di Tawakal. Dr. Adilah minta saya buat HSG semula untuk tau kedudukan tiub kiri saya tu. Alamak, risau pulak saya. Tahun 2009 buat HSG, result tak ada blockage dan saya tak rasa sakit sangat semasa HSG dan selepas HSG. Kali ni tak tau la apa nasib saya. Hopefully everything will be ok. In shaa Allah.
Semalam saya baru check email blog TTC ni. Ada kawan TTC baru minta nombor telefon. Saya terus whatsapp kawan baru. Hehe. Itulaa apa yang saya suka sangat pasal blog TTC ni. Ramai kawan baru saya. Kebanyakannya semua berada dalam 'kasut' yang sama dengan saya. Bersyukur sangat saya buat keputusan adakan blog ni. Saya rasa tak keseorangan dan semakin kuat dengan adanya kawan-kawan TTC semua. Semoga hubungan kita berkekalan dan saling sokong menyokong antara satu sama lain. Terima kasih Allah sebab jumpakan saya dengan hamba-hamba Allah yang baik ni. Alhamdulillah :)
Selamat hari raya. Maafkan silap dan salah saya tauuu!Nanti kita borak lagi, ok?