Wednesday 24 April 2013

Alternative ways to increase sperm count.

Assalamualaikum,

Sebelum memulakan sesi 'sharing is caring', saya nak tanya nih..macam mana rupa blog saya? Elokkah setelah ditukar background? Atau yang dulu lagi elok? Hehe.

Ok, ok. Macam yang saya bagitau dalam entry yang lepas pasal nak share tips untuk increase sperm count husband, sekarang saya nak share laa serba sedikit tips yang saya dapat dari kawan TTC kita jugak. Haiiii :)

Saya pernah  bagitau kat SINI apa supplement yang husband saya ambil untuk increase sperm count. Sepanjang husband saya makan supplement tuh, Alhamdulillah ada improvement. Tapi kan melalui pembacaan saya, Tribestan nih bahan utama dia herba. Jadi, ada sesetengah orang yang tak sesuai dengan herba yang digunakan. Ada yang sebabkan suhu badan meningkat, demam, pening dan sebagainya. Suami saya sesuai pulak. Cuma harga supplement nih agak mahal laa, almost RM200 kalau tak silap saya.

Sekarang, mari-mari saya nak share lagi supplement yang kalau korang google sure korang jumpa banyak  positive feedbacks daripada yang pernah try. Saya rasa ramai pon dah tau pasal supplement nih. Apakah ia? 


Kalau sebelum nih senang nak cari produk nih. Pergi jek kat farmasi, Guardian atau Watson di mana-mana. Mesti ada. Tapi malangnya sekarang nih farmasi-farmasi macam tuh dah tak jual Speman. Tapi jangan risau, kawan TTC saya cakap boleh beli dekat Himalaya Outlet kat MidValley. Selain MidValley, kat mana lagi ada Himalaya Outlet nih? Meh sini saya list untuk korang. Antara outlet yang saya tahu laa kan :)
  • Suria KLCC
  • Sunway Pyramid
  • Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju
  • 1 Utama, Damansara

Speman nih jugak menggunakan herba sebagai bahan asasnya. Korang boleh pergi Himalaya Outlet, minta consultation dulu. Kalau sesuai, boleh lah beli. Kalau tak sesuai, sila baca lagi alternative ways yang akan saya share dengan korang. Hehe. Ada lagi satu produk Himalaya yang boleh diambil bersama-sama Speman iaitu Kapikachu. Cuba korang google kebaikan supplement nih.

Ini adalah alternative ways yang sangat murah dan mudah. Hehe. Bagi suami korang makan buah tembikai hari-hari. Makan banyak-banyak pon takpe. Hehe. Masa mula-mula kawan TTC saya share pasal nih, saya macam surprise jugak sebab saya memang tak tahu. Then she explained to me yang lelaki kena makan benda sejuk-sejuk sebab bagus untuk sperm. Tak macam perempuan yang tak elok makan benda sejuk-sejuk. Ok, barulah make sense. Tembikai kan sejuk. Hehe. Lepas dah tau pasal nih, saya pon rajin laa google sana, google sini. Kenapa tembikai bagus untuk lelaki? Sebabnya,
"Just like tomatoes, watermelon contains lycopene, having unmatched disease-fighting properties and protecting your sperm from cell damage. Watermelon was also found to contain citruline that acts like common erectile dysfunction drugs, enhancing circulatory functioning, which helps in maintaining strong erection."
 "Watermelon may deliver Viagra-like effects to the body's blood vessels and may even increase libido and sperm counts in men."

Hebat, kan? Tak payah nak makan Viagra-viagra tuh semua. Hehe. Kidding! Balik kerja petang nih, semua pergi beli tembikai tau :)

Lagi satu cara yang mudah dan tak memerlukan duit kecuali bayar bil elektrik ialah dengan merendam kemaluan suami (bahagian 'kantung'nya. Alamak, malu pulak nak explain! Korang faham kan? Haha) di dalam bekas yang berisi ais selama lebih kurang 20 minit. Tengok, memang tak memerlukan duit pon. Hehe. Caranya, suruhlah suami duduk melunjur dan letakkan laa bekas berisi ais tuh di bawah bahagian yang nak direndam tuh. Saya ada jugak baca-baca di internet, kalau taknak rendam boleh bungkus ais dalam tuala dan  tekap-tekap di bahagian kemaluannya. Kira buat macam tuam-tuam benjol tuh. Hehe.

Selamat mencuba! Sharing is caring :)

Ok, bye!


28 comments:

  1. wow! info yang menarik.. yang sperman tu, dulu lama gak dia tak kuar.. now baru dorang release yang baru.. harga dalm RM40++ dalm ade lebih kurang 100 biji. kat The Mines pun ade juga cawangannya.. just for Info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. Harga tak mahal sgt compare to tribestan. Mines pon ada? Ok2. TQ :)

      Delete
  2. Kalo kat klinik dr hamid mmg dia bagi ubat kapikachu tu. huhu.. speman pun asben akak pernah consume.
    skang..masih makan serbuk eh biji habbatus sauda (bkn yg kapsul)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kekda, tulaa. Dr Hamid mmg slalu suggest product Himalaya kan. Kapikachu tuh perempuan pon bole makan rasanya.

      Delete
  3. +1. Nnt I copy paste je letak kt my blog. hahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Inilah 'kawan TTC saya' yang share info tuh. Thanks a lot babe!

      Delete
    2. No probs. Kita sama2 berusaha!

      Delete
    3. Salam..ingin berkongsi pengalaman..sy amalkan speman 2biji 2x sehari dan 1biji kapikachu 2xsehari selama 6bulan alhamdulillah dgn izin Allah dr. terkejut dgn result sy dari tiada lgsung sperma (azoospermia) kpd sperm count yg normal.. juga vit c+vit e + zinc +selenium utk tmbh motiliti + morfologi sbgai tmbahan....

      Delete
    4. Terima kasih Mr. Anonymous kerana sudi kongsi dengan saya. Semoga Allah permudahkan semuanya untuk encik dan isteri :)

      Delete
  4. Thanks so much for sharing! sangat membantu. saya akan cuba. :D

    ReplyDelete
  5. Nabi dah bagi tau suruh amalkan makan tembikai ni...skrg baru tau apa fungsinya.

    ReplyDelete
  6. saya pon baru tau kapikachu bagus untuk lelaki..ni pon sebab masa pegi kat kedai himalaya hari tu....plan asal nak beli speman akhirnya rembat jugak kapikachu tu..tapi namanya tu agak kelakar..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tulaa. Masa sy mula-mula dgr nama kapikachu terus teringat pikachu! Hehe. Speman tuh susah sket nak dapat kan. Sy pun cari merata outlet. Asyik habis jek.

      Delete
  7. salam ily, thanks share info ni, hubby yani baru lps check sperm test, speemr count dia agak rendah..tu ingat nak belikn juga ubat ni utk dia...outlet himalaya kat melaka dh habis stok ubat ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yani. Mmg speman nih susah sket nak dapat. Byk outlet habis laa kena restock laa. Tapi bole book kan? Yani ada book kat outlet tuh?

      Delete
    2. Ily, yup Yani dah book kt outlet tu kalau stok baru sampai, tapi setakat ni belum ada call. Aritu terdengar salesgirl himalaya tu sebut ada 4-5org yg tinggalkan contact no utk stok speman tu...

      Delete
  8. jom beli upt dan opk murah
    http://tester-kesuburan-pregnancy-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila sampai masa InshaAllah sy beli banyak2. Hehe.

      Delete
  9. Salam, saya nak syer skit pengalaman kami TTC,
    Suami saya mengamalkan makan supplement zinc saja, atas nasihat doktor di hospital tempat kami dapatkan rawatan fertiliti. Saya memang melarang suami makan jenis2 supplement herba termasuk kopi dan teh tongkat ali, sbb tak tahu kandungan herba ni boleh membantu atau tak. Alhamdulillah, setelah 2 bulan makan zinc supplement, dan setelah 4 kali IUI,kami memperoleh hasil positif. InsyaAllah, rezeki kita Allah yang tentukan, kita hanya perlu berusaha... Selamat berjaya semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, thanks for sharing :)
      Gynea yg sy jumpa pun suruh suami makan Zinc. Suami pun tgh makan Zinc sekarang. InshaAllah, jika diizinkan Allah..ada laa rezeki kami. Thanks :)

      Delete
    2. Jangan lupa untuk persediaan diri sendiri juga.
      Saya amalkan prenatal vitamin dan Fish oil setiap hari. Hari pertama period saya makan EPO 1000mg 3 kali sehari, royal jelly sekali sehari (Kordel) dan serbuk debunga kurma dicampur air 2 kali sehari sehingga waktu ovulasi. Lepas ovulasi berhenti makan ketiga2nya. Masa bersama pula saya gunakan gel CONCEIVE PLUS. Saya amalkan makan supplement2 ni dalam masa 2 bulan sebelum teruskan IUI ke-4. Alhamdulillah, sekarang Allah bagi rezeki kepada saya setelah usia perkahwinan hampir mencecah 5 tahun. Yang penting jangan putus asa kerana sentiasa ada jalan untuk kita. InsyaAllah..

      Delete
  10. thanks for da info...
    hurmm... actually risau gak kat husband ,even dh pnah check normal tapi keje dia tu mngadap benda2 yang ade bahan kimia, takut ade kesan jgak..
    kna beli tembikai byk2 ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem Su. Sharing is caring, kan? Hehe. Byk faktor jugak yg mempengaruhi sperm count. Persekitaran kerja pun salah satunya. Takpe, kita usaha selagi mampu. Bagi husband makan tembikai byk2. Hehe.

      Delete
  11. Hai sayang2 smua..just nak share when i was ttc i try jus bidadari from DCL..i think its really help me..n for husband boleh bagi dia mkn taugeh also..so that sperm dia kuat..hihi..just never give up yer dear..yakin kita boleh..i pun dah nk stat ttc for 2nd baby..chaiyok2 yer..o ya one more thing..i am pcos n have 1 baby..so never lose hope..

    ReplyDelete
  12. Thank you for this sharing,its really help. Salam kenal,saya dr indonesia. Di sini sulit cari kapikachu,jarang ada yang jual di toko obat. Setelah baca,saya baru tau kalau kapikachu boleh diminum oleh wanita,hahaha.. Smoga Allah meridhoi ikhtiar kita semua (TTC ini)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Terima kasih singgah di blog saya. Di sini speman agak susah nak jumpa, hanya certain farmasi ada jual. InshaAllah, semoga usaha kita diberkati Allah. Selamat menyambut Ramadhan :)

      Delete