Monday 24 September 2012

Treatment @ HUKM #4: Boleh try IUI lagi, tapi...

Assalamualaikum,

Ini adalah update appointment di Klinik MAC, HUKM pada 19 September 2012 yang lepas. Saya dan suami sampai di Klinik MAC pukul 8.55 am. Appointment pukul 9.00 am. Tapi, Ya Allah, kali nih tunggu lama sangat. Pukul 10.45 am macam tuh, Medical Assistant (saya rasa laa) Prof Zainul panggil dan interview kami suami isteri serba sedikit. Tengok results last appointment dan suggestkan untuk proceed IVF/ ICSI. Dia cakap sebab sperm count husband (mengikut result appointment yang lepas agak tak memberangsangkan), better terus buat IVF/ ICSI. Kemudian dia terangkan macam mana prosedur IVF/ ICSI akan dijalankan. Kami dengar dan tanya beberapa soalan terutamanya berkaitan OHSS, planning semua macam mana (sebab senang nak apply cuti nanti).

Lepas dah habis explaination, suami cakap dia nak repeat Semen Analysis test. MA cakap ok, boleh repeat. Kemudian saya explain kat MA yang kami plan nak try IUI sekali lagi dan kalau tak jadi baru buat IVF/ ICSI. MA cakap, nanti bila Prof datang, boleh discuss dengan Prof. Kena tunggu Prof jugak rupanya -__-"
Kami keluar dan tunggu sampai laa Prof sampai.

Lebih kurang pukul 11.30 am, nama saya dipanggil dan kami masuk berjumpa Prof. Prof terus cakap 'Buat IVF/ ICSI terus laa. Jangan buang masa sebab umur pon dah 30 kan. Nanti nak dapat anak nombor dua, tiga, empat sampai enam tak sempat nak kejar lak kang'. Hahaha. Sempat dia buat lawak tuh. Suami cakap, 'Tapi Prof, kami still rasa nak try IUI sekali lagi. Mana tau bila dengan Prof kali nih ada rezeki'. Prof cakap, 'Ok. Next week 26 September (Rabu nih) datang buat Semen Analysis. Tengok result cantik tak. Lepas tuh kita decide. Sebab tanak buang masa sebab sebelum nih IUI dah 3 kali tapi gagal. Kalau result cantik, kita try IUI'. Tapi persoalannya, kalau laa result ok pon still tak boleh buat sebab saya dah CD21 pada Rabu nih. Rasa macam dah melepasi tahap ovulasi dah pon. Next cycle jugak la maknanya. Takpe, kita tengok Rabu nih macam mana. Hehe.

Urusan di Klinik MAC, HUKM selesai dalam pukul 12.15 tengah hari. Cost untuk treatment kali nih ialah sebanyak RM30.00 untuk consultation fee. Total cost sepanjang 3 kali rawatan di MAC adalah sebanyak;

Treatment #1: 22.06.2012 - Percuma (kes saya masih belum ditempatkan di bawah Klinik MAC)
Treatment #2: 03.07.2012 - RM 50.00 - Semen Analysis (Klinik MAC)
Treatment #3: 17.07.2012 - Percuma (Review results semua test yang dibuat dan kes ditempatkan di MAC)
Treatment #4: 19.09.2012 - RM 30.00 - Consultation fee

Semoga appointment hari Rabu nih mendatangkan kebaikan kepada kami suami isteri. InsyaAllah, amin =)

Ok, bye!

10 comments:

  1. semoga berjaya sis.. Siapa taknak zuriat kan

    ReplyDelete
  2. dear, klu boleh suami elakkan makan ayam yer.. ini petua dr doc homeopathi yg sy pergi sebelum ni... klu nak mkn ayam, mkn lah ayam kampung... InsyaAllah kualiti sperm akan meningkat...

    ReplyDelete
  3. insyallah Ily, semoga apa pun yg Ily pilih kali ni akan mendapat hasil. i;ve shared some tips in my blog, nanti boleh la amalkan gak sambil2 nak buat IUI/IVF nanti. yg penting minda kena positive slalu k ;) goodluck!

    ReplyDelete
  4. im pray for you dear..:)
    gudluck

    ReplyDelete
  5. Ily...

    xkisah la...IUI or IVF...hopefully next rabu semuanya berjalan lancar..InsyaAllah....think positive darling!!!!...take care!!

    ReplyDelete
  6. insyaAllah smua nya berjalan lancar
    gud luck :)

    ReplyDelete
  7. Insyaallah ada rezeki ayng ALLAH tetapkan utk mu...;)
    Banyak berdoa,mengaji n bertawakal terhadapnya.
    sya pun bru je dtg period 30 sept,so cycle bulan ni xjadi lagi la..emmm usaha lagi..:)

    ReplyDelete
  8. salam,nk tnya macam mana nak buat appointment kat klinik mac ni ye..

    ReplyDelete