Monday 27 August 2012

Hari Raya Saya.

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan TTC dan kepada yang sudi membaca blog saya ini =) Seronok celebrate raya kali nih? Alhamdulillah.

Untuk saya, raya tahun nih Alhamdulillah dapat balik kampung beraya dengan keluarga besar sebelah Ayah saya. Raya ketiga pulak, saya dan suami bergerak dari kampung Ayah ke kampung mak mertua dan ayah mertua. Seronok sebab dapat balance kan sambutan raya kami untuk kedua-dua keluarga. Hehe.

Saya tau, raya merupakan salah satu event yang paling merisaukan bagi kita yang TTC nih. Takut ada soalan cepumas yang menyentapkan hati dan perasaan. Soalan favourite semua orang bila nampak kita yang TTC nih, 'Dah ada isi ke? Bila lagi nih?'. Betul tak, kawan-kawan ku sekalian? Hehe. Lepas tuh, bila raya, saya malas nak jumpa kawan-kawan sekolah, saudara mara sebab takut ditanya soalan nih. Betul, saya memang teruk macam tuh. Raya tahun nih langsung saya tak menziarahi kawan-kawan sekolah ke universiti ke apa ke. Perasaan malas dan 'rendah diri' sebab dah 4 kali raya dok berdua dengan suami buat saya lebih senang duduk kat rumah, layan tetamu yang datang, tolong mak dan makcik cuci pinggan mangkuk yang mengalahkan macam buat kenduri kawen. Biarlah orang nak cakap apa pon pasal saya, biarlah kawan-kawan rasa saya menjauhkan diri, biarlah saudara kata saya tak pandai melawat rumah diorang. Biarlah, janji raya saya tak emosional dek kerana soalan-soalan macam tuh. Baik saya mengelak sebelum terjadi. Yer, saya tau saya kelihatan agak loser di sini.

Sepanjang saya di kampung Ayah saya, mak dan ayah mertua saya, tidak ada seorang pon yang bertanya soalan yang 'menakutkan' itu. Alhamdulillah. Suami saya cakap, diorang semua dah jemu nak tanya soalan tuh kat kitorang. Haha. All in all, saya tidak emosional di hari raya. Itu sudah cukup buat saya, daripada menjawab soalan yang saya dan orang yang bertanya tuh tau memang tiada jawapan (HANYA Allah yang tahu jawapannya), lebih baik saya beraya cara saya =)

Bukan senang tahu nak bawa diri beraya ke rumah kawan-kawan, saudara mara dengan mengetahui akan ada soalan macam  tuh. Bukan senang tahu nak senyum sambil jawab, 'Belum ada rezeki lagi' pada setiap soalan yang sama ditanya. Bukan senang tahu nak kawal mata daripada bergenang bila ada orang yang menunjukkan simpati selepas tanya soalan macam tuh. Bukan senang. Kalau tak berada dalam kasut kami yang TTC ini, tolong jangan cakap kami nih over sensitive.  Tak kesian ke dengan kami? Tanyalah pasal baju raya ke, kuih raya ke, tudung raya ke, kasut raya ke? Mesti kami excited nak cerita semua. Hehe. Saya tak emosional, saya hanya menyampaikan apa yang saya dan kawan-kawan TTC yang lain terpaksa lalui setiap kali raya datang.

"Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin"





18 comments:

  1. Salam Ily..

    Dah lama gak follow blog Ily tapi rasanya tak pernah tinggal komen. Hari ni rasa nak tinggal komen plak. Saya dah setahun setengah kawen tapi masih belum ada tanda2 nak dapat zuriat. kalau kawan lain ada gak lah yg lekat tapi ada masalah plak luar rahim. tapi saya langsung tak pernah. Dah banyak kali la jugak frust bile buat UPT hasil -ve. raya tahun ni yang paling menyedihkan buat saya. adik yg kawen setahun selepas saya kawen, dah pun pregnant. dia kawen bulan 2 hari tu. sekarang dah pregnant 3 bulan lah kot. masa mula2 tahu dia pregnant, saya tak tegur dia langsung. layan dia pun tak. terukkan saya? punya lah tak dapat terima hakikat tu. sekarang pon saya dengan dia macam dah tak berapa rapat. padahal sebelum ni kami berdua sangat rapat. tambah2 lagi dia tinggal dengan saya. tapi sejak dia pregnant, saya yang meletakkan macam 1 gap antara kitorang. saya tak suka nak cakap dengan dia sebab saya takut dia akan cerita pasal kandungan dia. terukkan saya? padahal tu bukan kuasa dia. saya ni macam dah menidakkan kuasa Allah plak. tapi, sapa berada di tempat saya akan faham kena tindakbalas saya macam tu. sedih bila orang tanya bila lagi? takkan bedua je? bila nak betiga? bila nak ada budak kecik? diorang ingat kitorang ni taknak ke? saya mampu senyum je. dalam hati nangis. nasib baik lah family saya dan mertua saya faham. diorang takde pon tanya2 pasal anak. cuma ada gak lah usaha bawakkan kami pergi berubat. yang lebih2 tanya sedara mara je. nak buat camne kan? mulut orang bukan boleh nak tutup. saya doakan semoga raya tahun depan Ily dan rakan2 TTC yang lain dapat beraya bersama anak yg dikandung sendiri. amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nahzatul,
      Thanks tggl komen kat blog Ily. Thanks sb sudi share cerita awk dgn ily. Ermm, ily faham apa awk rasa. Kalu awk nak tau, adik ily pon dh ada anak. Bunting pelamin. Yes, memula dpt tau, mmg ily sedih & jeles. Tp lps ily fikir blk, ptt ily happy. Rezeki dia Allah bg cpt. Ok jugak mak ayah dpt cucu cpt. Apa yg ily leh share dgn awk, awk jgn fikir sgt, jgn ikut perasaan. Nnt bila dh dpt anak buah, confirm awk syg dia lebih punya. Sungguh, ily dh lalui. Mmg normal utk rasa mcm awk rasa. Takpe dear, tumpang anak buah dulu, nnt2 anak sendiri =)

      Jgn sedih2 tau. Ada sebab Allah lambatkn kita utk dpt anak. Allah lebihkan kita pada benda lain. *hugs*

      Delete
    2. salam Ily,

      Thanx atas nasihat. heheh.. sekarang memang tumpang anak buah je. dah ada anak buah sorang. insyaAllah tahun depan tambah lagi 2. adik2 saya tengah pregnant sekarang. sedih tu kadang2 je. tambah2 bila period. husband pun selalu kata, ada sebab Allah bagi adik2 saya anak dulu daripada saya. dia pun x kisah kami belum ada anak lagi. InsyaAllah ada rezeki kita semua. cuma antara cepat dan lambat je. yang penting usaha+doa+tawakal, kan?

      *hugs*

      Delete
  2. hi ILY...

    selamat hari raya...;)...
    mmg dh dpt agak,tiap2 tahun saya tetap dpt soalan cepukmas ni...hihihi...w'pon letih nk menjawab jawapann yg sama...saya tetap SENYUM KELAT je..hihi

    moga awak terus tabah ye....take care..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Syazni. Selamat hari raya!
      Tulaa, diorg mmg tak penah jemu kan nk tny soklan camtu. Haishh! Sabar jelaa. Kang dah ada anak, tanya lak bila nak tambah lagi? Tak penah abeh soklan diorg :p

      Delete
  3. Ida? Kene jugakk... tapi ida jawab style ida... style sangat! Nanti ida cerita yer... hehheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jugak? Alahaii.. Sabar jelaa. Hehe. Tak sabar nak baca entry ieda pasal jwpn ieda yang style tuh! =)

      Delete
  4. Ily, over the years mmg org dh x tanya dah... Especially those yg dh 'kena balik' sbb tanya soklan dgn cara yg x berhemah.... Hehehe... ÷

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tulaa, mcm husband ily ckp, diorang dah bosan nak tny. Haha! Bagus jugak kalu camtu kan. Hehe. Selamat hari raya dear =)

      Delete
  5. hi semua..saya pun kena jugak..antaranya..
    1. dh bape bulan..sebulan..dua bulan?
    2. xde lagi ke..bila nk ada?

    jawapannya..nnt sy cite dlm entry (sama mcm eida pulak..sori eh eida)..tgh nk ambik mood nk mengarang entry baru..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anis!

      Haha, suspen jek tau..igt nak bgtau jawapan trus :p

      Delete
  6. macam saya tak de soalan cepu emas tapi yang geram boleh pulak anak2 buah sebelah my hubby wat lagu nyanyi dalam bilik air liriknya yang saya nak anak..malu sangat2 tapi sabor jelah..kak ipar pun perasan tapi dia cakap angggap jelah kata2 budak2 tu doa..huhuhu nasib tak nangis depan orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Salmi,
      Alaa, sedihnya. Tapi budak2 kan? Sabar jelaa. Tapi btol jugak tuh, anggap diorang doakan awk. Doa budak2 senang dimakbulkan tau =)

      Delete
  7. hi ily,slamat ari raya gak!
    me pun alhamdulillah this year, dari 1 syawal sampai hari ni takde soalan cepuemas lagi! hehehehehe diorg dah busan agaknya? ha tau pun busan..ingat takpenah busan..
    padahal sepanjang bulan puase punye lah berdoa, mmg mintak dgn Allah jgn la ade soalan sdare2 buat kite benci diorg. i mmg niat siap2 taknak benci sdare sbb smua tu darah daging. alhamdulillah dimakbulkan Allah. sepanjang perjalanan ke kampung, asik zikir niat dlm hati moga2 diorg tgk muka kita takkan terpikir psl bile nak dpt anak. hehehehe u guys can do that too..Allah tu maha penyayang..kalau mintak anak belum dpt, mintak taknak benci sdara insyallah Allah makbulkan :)

    sorang pun tak tanya! hahahah! wait for my raya story lak :P lom karang lagi sbb byk keje nii aishh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jay! Selamat hari raya to u too =)

      Hehe. Bagus la diorg tau bosan. Penat tau asik nk jwb soklan tuh. Alhamdulillah, bagus jugak cadangan u tuh. Zikir mintak jgn benci saudara mara. Boleh dipraktikkan nnt. Baik kita tenangkan hati kita cara camtu kan drpd nak sentap dgn diorg yg mmg tak penah tau perasaan kita nih. Thanks for sharing! Cepat2 update your raya story =)

      Delete
  8. Selamat Hari Raya Ily...
    kita TTC ni mmg sehati sejiwa kan..melalui rasa yg sama..ok ape raya cara Ily..asalkan tak tensen ok la tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, btol tuh. Kita mmg sehati sejiwa sb kita jek yg faham apa kita lalui kan. Sebab tuh ily syg korang *hugs*

      Selamat hari raya, dear =)

      Delete
  9. hi!

    this year is my second year sambut raya tak da anak. i pun ada cite sikit kat blog. well, kalau orang tak tanya kat kita, orang akan tanya kat husband atau mak mentua. whatever it is, kita memang macho gille menghadapi mulut orang.. tepis sana tepis sini, last last orang dah malas nak tanya..bagus juga...

    ReplyDelete