Thursday 27 October 2011

IUI #2

Assalamualaikum,

Genap 2 minggu saya mendiamkan diri daripada blog. Macam-macam benda bermain dalam fikiran sepanjang tempoh 2 minggu mendiamkan diri; risau nak proceed dengan IUI kedua kali. Tapi, saya dah pon selamat menjalani prosedur IUI pada 25 Oktober yang lepas (hari Selasa). Sekarang adalah masa 2ww (3dpiui).

Entah kenapa, saya rasa negatif dengan IUI kali nih. Bermula dari hari saya buat folikel scan (FS) CD2 (13 Oktober) lagi. Ada 4 folikle pada ovari sebelah kanan dan 3 pada sebelah kiri. Kemudian, saya dibekalkan dengan clomid dos 50mg untuk tempoh 5 hari. FS seterusnya pada CD10 (21 Oktober). Doktor dapat detect hanya satu telur yang matang (17 mm) time tuh, sebelah kanan. Yang lain semua range 11mm - 13mm. Saya agak sedih jugak laa sebab hanya satu jek dalam kategori matang. Doktor decide untuk saya proceed dengan IUI pada CD14 (25 Oktober). Saya dibekalkan dengan Pubergen 10000iu yang perlu disuntik pada Ahad (23 Oktober) jam 10.30 malam. Jadi, Ahad malam saya ke klinik berdekatan rumah untuk suntikan pubergen.

Selasa, hari prosedur IUI dibuat. Selepas suami provide semen, kitorang pegi breakfast dulu sebab prosedur IUI jam 10.30 pagi. Time keluar dari klinik, sambil sembang-sembang, kitorang terlupa nak pakai seat belt. Nak dijadikan cerita, ada polis traffic bermotor sebelah kitorang. Kena saman la pulak! Haishh. Petanda apakah itu? Huhu. Lepas breakfast, gerak balik ke klinik. Saya orang kedua sepatutnya yang akan buat IUI. Tapi orang yang first tuh ada problem apa entah, saya yang dipanggil dulu. Kali ini IUI saya bukan dibuat oleh Doktor, tapi oleh staff nurse (SN) yang sangat baik dan peramah, Kak Shima.

Semasa prosedur IUI, ada beberapa perkara yang menguatkan lagi instinct negative saya sebelum ini, iaitu:
  1. SN cakap dia akan cuba dulu, kalau tak boleh dia akan panggil Doktor sebab mengikut report previous IUI saya, saya dalam kategori difficult sebab retroverted uterus.
  2. Time SN sedang cuci di kawasan Miss V, dia cakap mucus saya pekat dan tebal. Jadi, kena cuci saluran untuk keluarkan mucus dulu. SN cakap, kalau mucus tebal pon tak bagus sebab boleh block laluan sperm :(
  3. Lepas dah cuci, SN nak masukkan sperm, agak susah nak masukkan alat tuh (apa ek nama tube tuh?). Tiba-tiba masuk seorang lagi SN and dia tanya Kak Shima boleh ke tak? Kak Shima cakap susah and dia nak panggil Doktor. Tapi SN yang baru masuk tuh cakap nak try buat.
  4. SN2 (SN yang baru masuk) try nak buat prosedur masukkan sperm kat saya. Kemudian dia cakap, perlu keluarkan 'muncung itik' tuh dan masukkan semula dan hala ke bahagian kanan sikit sebab dia kata retroverted uterus saya ke arah wall sebelah kanan. Time tuh saya dah sedih dah. Rasa macam tak normal. Banyak pulak benda 'susah' kali nih. Tapi Alhamdulillah, lepas dah adjust ke kanan, SN2 cakap dia dah nampak laluan dan berjaya masukkan sperm. 
  5. Selesai semua prosedur, saya dibiarkan baring lebih daripada 30 minit. Lepas tuh dibekalkan Duphaston.
Lepas selesai IUI, terus balik rumah. Tapi saya cakap dekat suami yang saya tatau kenapa saya rasa negative pasal IUI kali nih. Suami cakap, 'Takpe. Nanti kita cuba lagi kalau tak jadik. Sekarang rest jek. Tak payah fikir sangat.'. Serius saya tatau kenapa saya negative sangat kali nih. Adakah sebab saya takut nak meletakkan harapan lagi? Entah laa.

Sekarang saya 2ww and saya buat semua macam biasa. Pergerakan pon macam sebelum buat IUI. Saya malas nak fikir sangat yang saya 2ww. Deep inside my heart saya rasa IUI saya tak berjaya jugak kali nih. Entah kenapa saya ada instinct macam tu.

Ok, bye!

20 comments:

  1. sabar ya ILY.. saya faham ada satu ketika, kita mcm dah give up. Pape pun, saya doakan semuanya ok, dan ILY dan semua TTCians akan lebih tenang hdpi semua ni..

    ReplyDelete
  2. sahida: thanks dear..tulaa..kadang2 ada gak rasa give up tuh..huhu..

    ReplyDelete
  3. dont think negative....insyallah...

    ReplyDelete
  4. a'a sy pon lalui 2ww cam biaser. sy pon RU cam awak.
    xper la ily.. kite doa byk2 yer. ape pon bole jd :)

    *hugs*

    ReplyDelete
  5. noora follow sini..kuatkan semangat k..InsyaAllah ade rezeki zuriat kali ni..amin ya Allah=)

    ReplyDelete
  6. ~JD: tulaa..sy ada baca blog awak..2nd iui jugak kan..mcm sama jek kes kita..RU lg..hehe..insyaAllah, ada rezeki kita..ada laa kan :) *hugs*

    ReplyDelete
  7. PutriesNoora: Thanks..I'll follow yuuu :p hehe..InsyaAllah..Amin.

    ReplyDelete
  8. sabar yer ILY..hrp2 berjaya la kali nih :)

    ReplyDelete
  9. Fika: InsyaAllah..thanks dear :)

    ReplyDelete
  10. all the best to you ILY..insyaAllah kalau memang rezeki ily mesti ade =)

    ReplyDelete
  11. Nana: Tulaa..kalu rezeki, ada laa..InsyaAllah. Thanks darl :)

    ReplyDelete
  12. sya doakn usahan yg ily buat ada hasil yg dihajati...

    ReplyDelete
  13. rahsiahati: thanks dear..amin ;)

    ReplyDelete
  14. salam..sy pun RU..hampir setahun dh kawen..belum ade rezeki lg..insyaAllah,semoga usaha kita semua diberi ganjaran sewajarnya oleh Allah..feel free to visit my blog..baru je mula..=)

    ReplyDelete
  15. anis: salam..thanks singgah..ermm, InsyaAllah..semoga usaha kita berhasil..keep on blogging, ok? :))

    ReplyDelete
  16. think positive.. u'll be fine.. salam kenal..

    ReplyDelete
  17. Mrs Evergreen: Thanks babe :) salam kenal to u too :D

    ReplyDelete
  18. ily, usia kawin kite lebih kurang rupenye...tapi sy belom penah try IUI lagi...sebab memang dah agak 1st attempt susah nak jadi :( and i hate the fact that if i start IUI, i will have to repeat it all over again banyak kali :( tapi name pun usaha kan, kene la gigih..but u are strong la bebeh..sy doakan awak nye rezeki kalini menjadi :) insyallah..

    ReplyDelete
  19. JayFarhana: yup, mmg cmtu bila once dh start IUI akan try again and again. Kdg2 rasa mcm tanak buat apa2 dah, nak try naturally. Tapi bila try naturally x berhasil, rasa mcm give up. Try IUI and failed pon rasa give up. Entah laa..dah nasib kita jenis susah nk dpt kan? Mulut ckp give up, tp without notice, kita akan usaha jugak. Huhu..thanks babe..amin :)

    ReplyDelete