Assalamualaikum,
Cantik tak layout baru kiteww? Haha. Pang!
Ok, ambik mood serius.
Rezeki dari Allah sentiasa ada. Setuju? Mesti la setuju kan? Makanan, minuman, pakaian keperluan kita setiap hari pun rezeki Allah. Kesihatan tubuh badan kita pun rezeki Allah. Kebahagiaan rumah tangga kita pun rezeki Allah. Gaji kita setiap bulan pun rezeki Allah. Tapi, kenapa kita yang TTC selalu nampak anak saja rezeki Allah? Orang lain yang tak TTC pun, bila bercakap dengan kita yang TTC mesti cakap, 'Belum ada rezeki lagi laa tuh'. Betul, anak sebahagian dari rezeki Allah. Hanya belum masa kita untuk dapat rezeki tuh.
Saya nak kongsi cerita pasal staff saya di office. Saya namakan beliau S. Beliau ada 5 orang anak. Tapi anak sulung beliau ditakdirkan OKU kerana terkena demam panas ketika usia 4 tahun. Setiap hari, waktu lunch break S akan bergegas balik ke rumah. Nak uruskan anak-anak, termasuk yang istimewa nih. Ada satu hari saya berborak dengan S. Saya tanya pasal anak-anaknya. Seronok S cerita pasal anak-anak dia kat saya. Kemudian dia cakap, dia pernah sedih kenapa anak dia jadi macam tuh. Dia pernah rasa penat dan give up. Pernah rasa nak marah, nak mengamuk. Tapi dia kata,
'Siapa saya nak salahkan? Allah? Malu saya nak salahkan Allah. Macam-macam lagi rezeki lain dia bagi kat saya. Anak-anak saya yang 4 orang tu alhamdulillah sihat-sihat. Bijak-bijak belajar pulak tuh. Gaji saya suami isteri memang sikit, tapi tak pernah lagi anak-anak tak cukup makan dan pakai. Penat saya ulang alik uruskan anak-anak, tak pernah pulak sampai saya pengsan ke masuk hospital. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Puan jangan sedih sebab belum diberikan rezeki anak. Puan banyak rezeki lain Allah bagi kan? Jangan fikir rezeki yang bukan milik kita. Bersyukur dengan apa yang Allah bagi kat Puan. Kudrat, semangat puan ulang alik hospital buat treatment pun rezeki Allah bagi jugak. Suami puan, family puan yang supportive pun rezeki Allah bagi jugak. Jangan pernah persoalkan kerja Allah. Dia lagi tahu mana yang terbaik untuk kita'.
Kadang-kadang bila kita dah mula bercerita atau berkongsi pasal TTC dengan orang lain, kita akan rasa 'ringan' sikit. Saya dari awal tahun sejak transfer masuk department nih, saya dah bagitau siap-siap kat bos dan colleagues yang saya tengah treatment TTC. Alhamdulillah diorang memahami dan selalu support saya. Itu pun rezeki jugak kan? Hehe. So, korang mungkin boleh mula share dengan kawan-kawan korang. InshaAllah korang akan rasa lega sikit. Cubalah :)
Ok, bye!