Assalamualaikum,
Saya ada endometriosis. Sebelum saya tau saya ada endometriosis, doktor bagitau saya ada fibroid. Tapi entah macam mana, bila kali terakhir saya di scan di HUKM, saya dimaklumkan saya ada endometriosis. Saya beralih angin dari HUKM ke PHKL dan Dr. Adilah sahkan saya ada endometriosis. Masa saya tahu saya ada endometriosis, saya sedih. Saya berharap saya ada fibroid dan bukan endometriosis. Pelik, saya pun tak tahu kenapa saya fikir macam tu. Maka, bermulalah fasa mencari maklumat berkenaan endometriosis.
Malangnya, bila semakin saya belajar atau kumpul maklumat pasal endometriosis, saya rasa semakin down, useless and hopeless. Endometriosis tidak boleh dipulihkan 100%, endometriosis tiada ubat, endometriosis penyumbang infertility, bla, bla, bla. Endometriosis hanya boleh dikurangkan simptom-simptomnya. Boleh dikatakan saya ada banyak simptom endometriosis. Paling ketara ialah sakit yang amat sangat ketika period. Betul. Sakit sampai saya menggigil, rasa sejuk, rasa panas, rasa nak pitam, rasa nak muntah. Macam-macam rasa. Selalunya saya akan sakit pada hari pertama dan kedua period. Setiap bulan tanpa gagal. Kecuali tahap kesakitan berbeza-beza bagi setiap bulan. Tapi masih sakit. Period saya bulan ni saya sakit yang amat sangat pada CD2. Saya terpaksa ambil emergency leave. Bila sakit, saya akan masuk toilet. Bila keluar ketulan darah, sakit akan kurang.
Hari ni saya tak bersemangat nak buat kerja. Hari ni CD6 saya. Period saya akan kering pada CD2/ CD3. Runsing kepala saya fikir pasal ni. Pada suami saya mengadu. Tapi macam biasa suami akan suruh saya jangan fikir sangat. Betul, stress akan menyumbang kepada keterukan endometriosis. Tapi macam mustahil nak menjalani kehidupan tanpa stress, kan? Kalau ada sesiapa yang boleh hidup tanpa stress, tolonglah kongsi dengan saya. Saya cuba carik support group di internet. Nampaknya support group dalam Malaysia ni tak banyak, yang banyak semua dari luar. Bolehlah buat baca dan ambil semangat.
Hasil maklumat daripada internet, pesakit endometriosis perlu jaga diet/ pemakanan. Banyak makanan yang kena avoid. Banyak sangat. Makanan sehari-hari pulak tu. Saya dah la suka makan. Bertabah la nampaknya. Saya akan try amalkan diet/ pemakanan yang sesuai untuk endometriosis. InshaAllah. Saya sekarang tengah berkira-kira nak cuba rawatan alternatif seperti homeopathy atau ubat-ubatan herba cina. Dalam masa yang sama masih akan teruskan treatment di PHKL.
Sebenarnya, apa yang saya rasa sekarang ni lebih kepada frustrated dengan kekurangan diri. Kecewa dengan ketidakupayaan diri untuk pregnant. Sedih bila tengok orang terdekat pregnant. Yes, sekarang saya emosional dan sedang membiarkan negative thoughts bermain-main dalam kepala saya. Saya jugak manusia biasa yang kadang-kadang rasa tak berdaya nak fikir positive sepanjang masa. Pathetic, bukan?