Tuesday, 24 December 2013

Perancangan Yang Tertangguh.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya masih sihat dan bernafas. Masih jugak belum berjaya pregnant. Takpe, itu perancangan Allah. Siapa kita nak melawannya kan? 

Saya masih meneruskan treatment dengan Dr. Adilah di PHKL. Semalam, CD1 saya ke PHKL untuk beli ubat suntikan yang doktor suruh ambil. Doktor suruh saya inject dan try IUI dengan dia. Kalau tak berjaya, doktor nak buat laparoscopy. Adui, takutnya dengar. Tapi takpe, itu nanti-nanti kita fikir. Huhu.

Sambung pasal semalam, jumpa Nurse Ida cakap nak prescription untuk beli ubat yang doktor suruh tu. Tapi Nurse Ida bagitau doktor cuti mula esok sampai 1st January. Kalau ikut perancangan yang doktor bagi kat saya, CD8 kena datang scan. CD8 saya pada 30 Januari Disember dan doktor sedang bercuti! Nurse Ida suruh tangguh dulu beli ubat. Cuba next cycle sebab sayang laa beli ubat mahal-mahal tapi tak dapat buat betul-betul katanya. Baiklah, satu lagi perancangan yang tertangguh.

Nampak gayanya, permulaan 2014 akan dimulakan dengan IUI. Harap-harap semuanya dipermudahkan. Semoga ada sesuatu yang menggembirakan untuk saya dan kita semua pada tahun 2014 nanti. In shaa Allah :)