Thursday, 27 October 2011

IUI #2

Assalamualaikum,

Genap 2 minggu saya mendiamkan diri daripada blog. Macam-macam benda bermain dalam fikiran sepanjang tempoh 2 minggu mendiamkan diri; risau nak proceed dengan IUI kedua kali. Tapi, saya dah pon selamat menjalani prosedur IUI pada 25 Oktober yang lepas (hari Selasa). Sekarang adalah masa 2ww (3dpiui).

Entah kenapa, saya rasa negatif dengan IUI kali nih. Bermula dari hari saya buat folikel scan (FS) CD2 (13 Oktober) lagi. Ada 4 folikle pada ovari sebelah kanan dan 3 pada sebelah kiri. Kemudian, saya dibekalkan dengan clomid dos 50mg untuk tempoh 5 hari. FS seterusnya pada CD10 (21 Oktober). Doktor dapat detect hanya satu telur yang matang (17 mm) time tuh, sebelah kanan. Yang lain semua range 11mm - 13mm. Saya agak sedih jugak laa sebab hanya satu jek dalam kategori matang. Doktor decide untuk saya proceed dengan IUI pada CD14 (25 Oktober). Saya dibekalkan dengan Pubergen 10000iu yang perlu disuntik pada Ahad (23 Oktober) jam 10.30 malam. Jadi, Ahad malam saya ke klinik berdekatan rumah untuk suntikan pubergen.

Selasa, hari prosedur IUI dibuat. Selepas suami provide semen, kitorang pegi breakfast dulu sebab prosedur IUI jam 10.30 pagi. Time keluar dari klinik, sambil sembang-sembang, kitorang terlupa nak pakai seat belt. Nak dijadikan cerita, ada polis traffic bermotor sebelah kitorang. Kena saman la pulak! Haishh. Petanda apakah itu? Huhu. Lepas breakfast, gerak balik ke klinik. Saya orang kedua sepatutnya yang akan buat IUI. Tapi orang yang first tuh ada problem apa entah, saya yang dipanggil dulu. Kali ini IUI saya bukan dibuat oleh Doktor, tapi oleh staff nurse (SN) yang sangat baik dan peramah, Kak Shima.

Semasa prosedur IUI, ada beberapa perkara yang menguatkan lagi instinct negative saya sebelum ini, iaitu:
  1. SN cakap dia akan cuba dulu, kalau tak boleh dia akan panggil Doktor sebab mengikut report previous IUI saya, saya dalam kategori difficult sebab retroverted uterus.
  2. Time SN sedang cuci di kawasan Miss V, dia cakap mucus saya pekat dan tebal. Jadi, kena cuci saluran untuk keluarkan mucus dulu. SN cakap, kalau mucus tebal pon tak bagus sebab boleh block laluan sperm :(
  3. Lepas dah cuci, SN nak masukkan sperm, agak susah nak masukkan alat tuh (apa ek nama tube tuh?). Tiba-tiba masuk seorang lagi SN and dia tanya Kak Shima boleh ke tak? Kak Shima cakap susah and dia nak panggil Doktor. Tapi SN yang baru masuk tuh cakap nak try buat.
  4. SN2 (SN yang baru masuk) try nak buat prosedur masukkan sperm kat saya. Kemudian dia cakap, perlu keluarkan 'muncung itik' tuh dan masukkan semula dan hala ke bahagian kanan sikit sebab dia kata retroverted uterus saya ke arah wall sebelah kanan. Time tuh saya dah sedih dah. Rasa macam tak normal. Banyak pulak benda 'susah' kali nih. Tapi Alhamdulillah, lepas dah adjust ke kanan, SN2 cakap dia dah nampak laluan dan berjaya masukkan sperm. 
  5. Selesai semua prosedur, saya dibiarkan baring lebih daripada 30 minit. Lepas tuh dibekalkan Duphaston.
Lepas selesai IUI, terus balik rumah. Tapi saya cakap dekat suami yang saya tatau kenapa saya rasa negative pasal IUI kali nih. Suami cakap, 'Takpe. Nanti kita cuba lagi kalau tak jadik. Sekarang rest jek. Tak payah fikir sangat.'. Serius saya tatau kenapa saya negative sangat kali nih. Adakah sebab saya takut nak meletakkan harapan lagi? Entah laa.

Sekarang saya 2ww and saya buat semua macam biasa. Pergerakan pon macam sebelum buat IUI. Saya malas nak fikir sangat yang saya 2ww. Deep inside my heart saya rasa IUI saya tak berjaya jugak kali nih. Entah kenapa saya ada instinct macam tu.

Ok, bye!

Wednesday, 12 October 2011

Berdebar jugak lahh!

Assalamualaikum,

Tajuk taknak kalah kan? Hehe. Apalah yang saya dok berdebar jugak lahh tuh kan? Huhu. Hari ini ialah CD1 saya. Yer, misi gagal lagi bulan ini T__T tapi takpe lah. Belum rezeki lagi lah nampaknya. Tadi jugak saya dah call klinik inform yang hari ini first day. So, esok pagi akan ke klinik untuk TVS CD2. Haishh. Itu yang mendebarkan sebenarnya. Dah lama kan berehat daripada treatment. Sekarang nak start balik rasa macam mula-mula buat treatment laa. Kalau tadek apa-apa masalah, saya akan proceed dengan 2nd IUI. Itu perancangannya laa. Tapi saya runsing jugak sebab saya ada site visit ke projek di Terengganu dan Pulau Pinang dalam minggu depan dan minggu seterusnya. Risau kalau date IUI tuh masa saya kena pergi site. Runsing, runsing ;( 

Lately nih, bila dah tekad nak start balik treatment, macam banyak pulak aralnya. Petanda sesuatu kah? Huhu. Harap-harap semua dipermudahkan laa. InsyaAllah.

Ok, bye!

Wednesday, 5 October 2011

Diet and Fibroids

Assalamualaikum,

Saya ada buat sedikit research (research konon..padahal search jek ;p) pasal diet dan fibroids. Sedang sibuk search, terjumpa maklumat yang agak menarik pasal fibroids nih. Ada makanan yang membantu dalam mengurangkan tumbesaran fibroid. Saya sangat malas nak menaip, jadi saya upload printscreen jelaa ek. Ampun! Kalau tak nampak, sila klik picture tuh ek. Ok, bye!






Monday, 3 October 2011

Check Up Hari Ini #2

Assalamualaikum,

Today saya ada appointment dgn gynea untuk scan fibroid dan untuk tau blood test result for hormon thyroid. Appointment saya pukul 7.30 pagi. Daftar, tunggu turn semua, pukul 8.15 pagi nama dipanggil. Tak la lama sangat. Sebab tuh saya suka set appointment pukul 7.30 pagi. Hehe.

Keputusannya, fibroid mengecut kepada 4cm x 4cm (sebelum nih 5cm x 6cm lebih kurang), boleh rujuk previous entry saya bulan Jun. Hormon thyroid jugak stabil. Gynea suggest proceed dengan 2nd IUI. Yup, saya dan suami dah sepakat akan buat IUI untuk cycle bulan nih.

Pasal fibroid mengecut, saya agak surprise jugak. Saya tak makan ubat apa-apa kecuali Tranaxemic Acid yang doktor bekalkan untuk cairkan darah. Maybe sebab diet kah? Wallahualam. Nanti saya try google pasal nih ;p

Soooo, all in all check up hari ini agak positif. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur ;))

Ok, bye!


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, 2 October 2011

Thank God I Found Them (TTCians)

Assalamualaikum,

This entry is specially dedicated to all my TTCians friends. Too many to mention. I'm glad that I found you guys here in blogging world. Seriously, I'm soooooo glad that I created this blog. Syukur kepada Allah kerana jumpakan saya dengan korang semua.

Even though kita kenal virtually, saya selalu rasa dekat dengan korang. Maybe because we're in  the same boat and walking in the same type of shoes, different size of course :p Melalui blog korang, saya dapat kekuatan. The strength that I'm longing for to keep me strong in facing this TTC things. Only we know how hard and difficult to face this things. But, we're strong kan? We're the chosen one, remember? We're are strangers in real life, but in this 'world' we're more than friends. You know what I mean, right?

Saya bersyukur sangat sebab bila saya down pasal TTC nih, saya tau kat mana nak carik kekuatan - by login to this blog and click your blog links :)) I feel great after reading all your entries, even though we never talk to each others. How special is our relationship kan? Hehe.
To all my TTCians yang still tak berjaya macam saya, kita teruskan usaha, ok? If anyone of us is giving up, lets we help her! Give her strength to go through all of this and share her burdens. 

To my TTCians yang dah berjaya, please continue your support with us. We are more than happy to share your good news :))
We are strong. We are same. We are 'twins' in this TTC things. I love you guys. Thanks for being part of me:))

Ok, bye!