Tuesday, 17 January 2017

Ren Yi Acupuncture & TCM Treatment Centre

Assalamualaikum,

Sabtu lepas saya ke acupuncture centre lagi. Sampai situ pukul 11. Miss Angeline check nadi dan suruh saya masuk ke bilik untuk acupuncture. Dia kata dah almost ovulation day dah. Masa tu CD13. Kali ni point yang dicucuk jarum lebih banyak daripada yang first time hari tu. Kat kepala ada 2 point. Kaki kanan lebih banyak point dari kaki kiri. Tempat lain sama macam sebelum ni, perut, tangan kiri dan kanan. Masa sejam lebih terasa cepat sangat sebab saya tidoq! Hehe. 

Selesai acupuncture, saya ke bilik chiropractic sebab saya kerap sakit tengkuk dan bahu. Buat treatment body alignment tapi focus on neck and shoulder. Dia guna vibrator gun ke apatah. Seriau jugak sebab tengkuk kan. Takut la jadi apa-apa. Huhu. Alhamdulillah ok. Miss Angeline kata tulang area tengkuk tu 'kelam kabut'. Maksud dia ada problem la tu. Sebab posture badan masa kerja dan tidur. Tapi serius, kalau datang sakit tu memang apa pun tak boleh. Stress je. Dah semakin tua ni semakin banyak pulak sakit. Huhu. 

Sesi kali ni pun dapat ubat herba jugak. Untuk boost ovulation. Sehari 2 kali untuk seminggu. Tapi, rasa herba tu Ya Allahhhh! Tak sedap! Boleh keluar air mata jugak la nak menelannya. Erghhh. Tapi nak buat macam mana, kan? Ku gagahi jugaklahh. Heh. Next appointment Sabtu ni untuk acupuncture lagi. 

Total cost untuk treatment kali ni adalah RM112. Ubat herba RM72 dan chiropratic RM40. Ok, nanti saya share lagi ye. Bye!

Sunday, 8 January 2017

2017 - Time for TTC treatments! Acupunture & chinese medicine.

Assalamualaikum!

Selamat Tahun Baru! Lama betul tak update blog TTC ni. Selepas laparatomy dan injection lucrin, saya memang betul-betul berehat daripada treatments. Rehat sungguh-sungguh. Tambah isi dan lemak badan. Haha. 

Period pertama selepas lucrin ambil masa dalam 3 bulan. September 2015 saya period balik. Period pain bergantung kepada keadaan. Ada cycle yang tak sakit langsung, ada cycle yang sakit (tapi still boleh tahan). Alhamdulillah since September, period datang setiap bulan. Cuma ada masa pendek sangat like 3 to 4 days je yang betul-betul bleeding. Malas nak fikir sangat. Anggaplah biasa. Huhu. Last HSG kat HUKM, both tubes clear dan tiada cyst detected. Syukur Alhamdulillah.

Ok, enough with throwback and lets talk about 2017. Tahun ini adalah tahun untuk memulakan semula TTC treatments. Kami decide untuk ke KL Fertility Centre dan memilih Dr. Natasha. Sepatutnya, ikut plan asal bila period je pada 2 Januari 2017, saya terus call klinik untuk start treatment. Tapi bulan ni, saya tak dapat ke klinik sebab pada CD2 saya tak available untuk ke klinik. Kekangan kerja. Saya still call klinik tanya pendapat. Nurse cakap better start next cycle. So next cycle it is! 

Jadi, apa yang saya buat bulan ni sebab tak dapat jumpa Doktor? Saya start makan supplements like folic acid, vitamin C, vitamin E, multivitamin and COQ10. Makan secara konsisten setiap hari. Siap set alarm kat handphone. Hehe. Suami pulak still makan zinc, speman, vitamin C, multivitamin and COQ10. Other than taking supplements, saya try acupuncture and chinese medicine. I made a visit to Ren Yi Acupuncture & TCM Treatment Centre at PV15 Setapak on CD1. Jumpa dan dapatkan consultation daripada Dr. Angeline. Cerita history sakit apa dan treatments yang pernah buat sebelum ni. Then dia check nadi pada tangan. Dia kata pulse saya kuat. Dalaman yang lain semua ok, kecuali rahim saya sejuk. Dia kata tak bagus untuk implantation sebab rahim kena dalam keadaan warm. Jadi dia tanya nak buat acupunture sahaja atau both acupucture dan chinese herbs. Saya decide untuk buat both. So, pada hari tu saya buat acupuncture kat situ. It took about 2 hours dari consultation sampailah habis acupuncture. Ada banyak points yang dicucuk jarum. Kat perut 6 jarum, tangan kanan 2 jarum, tangan kiri 4 jarum, kaki kiri kanan dalam 8 jarum kot. Tak sakit pun masa dia cucuk. Tapi bila dah cucuk tu rasa macam ada renjatan elektrik kat tangan and kaki. Hehe. Masa acupuncture tu, dia ada buat kaedah moxibustion jarum pada kaki (burning dried mugwort (moxa) on particular points on the body). Acupuncture ambil masa dalam 40 minit. Then lepas dia cabut semua jarum, dia buat proses macam bertungku. Tapi alat yang panas tu diletakkan je atas perut yang dilapik tuala. Ambil masa dalam 30 minit. Lega perut masa tu sebab kebetulan tengah period pain. Selesai semua, dia bagi ubat untuk seminggu. Minum 2 kali sehari (selepas breakfast dan dinner). 




Inilah rupa chinese herbs tu. Dapat juga mug kecil untuk bancuh herbs. Rasa macam mana? Macam herba lah. Haha. Macam minum jamu, tapi tak pahit sangat. Gigih juga bancuh dan minum kat office. Hehe. So far boleh je telan. Tadek masalah nak termuntah ke apa. So far so good. Hehe. Apa kesan daripada acupuncture tu? Saya rasa darah period saya keluar lancar. Hari ni CD6, still ada spotting. Kalau tak, CD4 dah clean and clear. Kesan minum herba tu pulak, badan rasa warm je. Kadang-kadang berpeluh panas jugak. Maybe normal la kot since dia nak bagi rahim warm. Next appointment untuk acupuncture and another round of medicine (untuk boost ovulation) pada Sabtu depan (14 Januari 2017). Kali ni kena pergi dengan husband sebab dia nak check husband. Kalau perlu, dia nak bagi ubat untuk husband juga. Jadi, total kos acupuncture and chinese herbs adalah RM210. Acupuncture RM150 untuk 2 sesi dan chinese herbs RM60 untuk seminggu.

Berminat nak try acupuncture? Boleh tengok alamat pada gambar kat atas. Nombor handphone pun ada. Whatsapp je uols! Nanti dia reply. Hehe. Oklah, itu cerita permulaan TTC treatments saya. Semoga istiqamah dan mendatangkan hasil yang ditunggu-tunggu. InshaAllah. Ok, bye!

Monday, 20 June 2016

What's Next?

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saya telah berjaya ‘grad’ daripada suntikan lucrin yang keenam pada 24 Mei 2016. Hehe. Seminggu sebelum disuntik, saya diminta untuk membuat HSG. Keputusan HSG, kedua-dua tiub clear. Tiada cyst. Syukur Alhamdulillah! Lega sangat sangat sangat sangat :D

Sooo, what’s next?

Tunggu period untuk meneruskan treatment. Berapa lama nak period? Doktor kata bergantung kepada badan masing-masing. Ada yang selepas sebulan, ada yang dua bulan, ada yang tiga bulan. Jadi, tunggulah dengan sabar. Saya harap lepas raya baru period. Kalau ada rezeki dapatlah puasa penuh tahun ni. InshaAllah.

Selama enam bulan disuntik lucrin dan tidak period, kesan paling ketara yang saya rasa adalah badan panas berbahang. Berpeluh-peluh. Tidur malam asyik nak on aircond jek. Pasal mood swing, rasa jugak. Tapi masih boleh control. Jarang la suami kena marah. Haha. Sakit lutut, rasa jugak kadang-kadang. Mungkin kurang calcium. Penambahan berat badan? Alhamdulillah tak naik. Sebab saya workout seminggu tiga kali. Mungkin sebab tu jugaklah kurang moody. Sebab bila workout, badan berpeluh dan mengeluarkan hormon gembira kot? Haha. Kesimpulannya, kesan lucrin ke atas saya yang paling saya tak tahan hanyalah panas badan. Syukur. Oklah, nanti dah start treatment, saya share kat sini ye? Doakan semoga tak tunggu lama untuk period. Aminn.

Selamat Berpuasa! Mohon maaf sekiranya ada silap dan salah saya kepada semua. Semoga Allah mendengar dan memakbulkan doa-doa kita di bulan yang mulia ini. InshaAllah.

Di kesempatan ini jugak saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri (in advance). Hehe. Bye!





Tuesday, 26 January 2016

Kisah Lucrin 3.75mg

Assalamualaikum,

Lama tak menulis blog sejak tiada progress treatment TTC.  Sebelum saya teruskan entry ini, maaflah sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan apa yang saya tulis. Ini adalah melalui pengalaman saya sendiri sebagai pesakit yang mendapatkan rawatan di PPUKM.  Mungkin pengalaman korang tak seperti saya. Mungkin perjalanan rawatan korang smooth and steady. Ditakdirkan saya kena lalui benda-benda macam ni agaknya.


Kalau ada yang masih ingat, sebelum ni saya ada bagitau yang Doktor maklumkan saya tak perlu suntikan lucrin selepas laparotomy bulan Mac 2015 lepas kan? Rupa-rupanya salah judgement Doktor tersebut. Semuanya bermula bila saya ke MAC PPUKM untuk rawatan susulan 6 bulan post laparotomy. 28 Oktober 2015, saya ke MAC untuk berjumpa dengan Prof. Zainul. Macam biasa, waktu menunggu adalah sangat lama. Hampir 4 jam. Tapi saya tak kisah tentang itu. Menunggu pada saya adalah perkara biasa.

Kemudian, nama dipanggil dan saya masuk berjumpa Prof. Oh, sebelum itu saya ke bilik scan untuk TVS terlebih dahulu. Alhamdulillah, cyst tiada. Masuk berjumpa Prof. dan soalan pertama daripada beliau buatkan saya agak sakit hati, ‘Kenapa tak disuntik Lucrin selepas operation?’. Jawapan saya, ‘Manalah saya tahu Prof. Saya dah tanya Doktor masa sehari selepas operation, tapi Doktor kata tak perlu’. Prof sambung lagi, ‘Saya dah tulis dalam buku awak yang awak kena suntik Lucrin selama 6 bulan. Kenapa la Doktor ni tak inject? Bla bla bla bla’. Prof. membebel sebab Doktor yang handle kes saya tak suntik Lucrin kat saya. Saya dah malas nak menjawab sebab saya dah rasa sakit hati. Selama 6 bulan waktu saya membazir macam tu sahaja. Doktor sama Doktor pun boleh miscommunication. Yang lagi menyakitkan hati, kalaulah Doktor atau Prof atau nurse atau sesiapa sahaja buka dan review fail saya, diorang boleh call saya untuk datang amik suntikan. Tapi ni selepas 6 bulan baru ‘perasan’? Alahai.  Kemudian, hari itu juga Prof. suntik first dose kepada saya. Dan next appointment adalah pada 24 November 2015. Prof. minta saya rujuk kepada Doktor yang handle kes saya. Jangan jumpa Doktor lain katanya. Baiklah!

Beberapa hari sebelum 24 November, saya terima call daripada PPUKM minta appointment ditangguhkan pada 8 Disember 2015 atas sebab Doktor tersebut tiada pada ketika itu. Ok, tiada masalah. Sehari sebelum 8 Disember, saya terima mesej daripada PPUKM maklumkan appointment dipinda pada 5 Januari 2016. Pinda lagi? Haihh. Tak apalah, nak buat macam mana kan? Saya bagitau suami pasal ni dan suami dah mula rasa tak puas hati. Suami membebel, saya diamkan saja.


5 Januari 2016, saya ke PPUKM bersama suami. Seperti biasa, letakkan kad temujanji di kaunter dan tunggu nama dipanggil. Tak berapa lama, nama saya dipanggil. Nurse di kaunter cakap, ‘Puan, Doktor A***a tiada hari ni. Mungkin kena tukar tarikh appointment’. Saya yang memang dah tak berapa boleh bersabar terus menjawab, ‘Kenapa tak call? Awak ingat rumah saya dengan PPUKM dekat ke nak ulang alik macam tu jek? Saya pun kerja jugak. Sekarang saya dah sampai. Tolong bagi saya jumpa mana-mana doktor yang ada. Biarlah tak jumpa dengan dia pun!’. Memang saya marah. Mungkin saya tak patut lepaskan pada nurse tersebut. Tapi boleh tak diorang prihatin dengan benda-benda macam ni? Kami pesakit boleh faham doctor sibuk. Kami boleh tunggu berjam-jam lamanya. Tolonglah.

Menunggulah lagi kami hampir 4 jam lagi. Dari pukul 9.00 pagi sehinggalah hampir pukul 1.00 petang barulah saya dapat masuk ke bilik Doktor. Saya ceritakan semua kat Doktor dan dia terus rujuk kepada Ketuanya. Doktor tu maklumkan yang saya sepatutnya tak boleh skip injection. Kena ikut regime sebulan sekali. Walaupun Doktor A***a tadek, nurse di kaunter sepatutnya tak boleh postpone appointment saya. Doktor tu minta maaf pada saya dan bagitau saya kena start balik suntikan lucrin selama 6 bulan berturut-turut. Doktor tu juga letakkan remarks dalam sistem yang appointment saya  tak boleh dipinda. Tetap kena datang sebulan sekali untuk suntikan. Tak kisah dengan mana-mana doktor.  Maka, saya perlu menghabiskan lagi 6 bulan untuk complete regime Lucrin. Bulan Jun 2016 barulah lengkap suntikan tu. Kemudian, kena tunggu 2 atau 3 bulan untuk period seperti biasa. Rasanya, setahun ni jugaklah menunggu.

Saya anggap ini part of ujian daripada Allah. Tapi kesabaran saya dengan PPUKM dah makin hilang. Suami apatah lagi. Marah betul dia. Nasib baik saya dapat pujuk dia tak payah masuk jumpa doktor. Nanti tak pasal-pasal doktor tu kena marah. Ni pun dah beberapa kali suami ingatkan, ‘Settlekan hal Lucrin 6 bulan ni. Lepas tu kita pergi hospital lain. Kali ni kita pergi hospital swasta. Sakit hati tengok u kena layan macam tu’. Suami saya jarang nak marah-marah sebenarnya. Selalu dia ikutkan saya jek. Saya pun dah rasa penat sebenarnya. Fikir nak habiskan regime Lucrin jek. Lagi pun saya boleh guna GL di PPUKM. Takpelah, sekarang ni biar selesai hal ni dulu. Nanti-nanti baru fikir nak sambung treatment ke mana.


Begitulah kisah saya, Lucrin dan PPUKM. Haha.  Jadi, azam tahun 2016 saya yang berkaitan dengan TTC boleh simpan ke tahun 2017 agaknya. Hehe. Azam sekarang adalah untuk menjalani kehidupan dengan GEMBIRA :)

Monday, 17 August 2015

Perasaan Itu

Assalamualaikum,

Seronok baca update kawan-kawan yang sedang buat treatment TTC. Seronok dapat kongsi perjalanan TTC korang. Saya doakan semoga semua urusan korang dipermudahkan oleh Allah. Amin.

Bagi saya pulak, 1st September ni ada appointment di MAC PPUKM. Tapi saya berbelah bahagi nak pergi ke tak. Sebenarnya saya rasa sangat malas nak start balik treatment. Bila bagitau suami, dia kata start treatment anytime bila saya dah ready. Persoalannya, tak bersediakah saya ni? Saya rasa saya dah ready, tapi saya takut gagal lagi. Perasaan takut gagal tu yang buat saya berbelah bahagi kot. 

Entah laa. Saya pun tak tau. Huhu.


Monday, 27 July 2015

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum,

Biar lambat asalkan wish. Hehe. Selamat hari raya diucapkan kepada semua kawan-kawan dan readers. Mohon maaf sekiranya ada yang terasa dengan kata-kata (blog entries) saya. Mesti semua happy beraya dengan families kan? Kalau ada yang ditanya soalan cepumas yang lagi menyakitkan dan menyentapkan hati tu, maafkan lah yang bertanya tu. Diorang 'ambil berat' sangat tu *wink*

Ada kawan saya pesan, kalau orang bertanya 'Bila nak ada anak ni?'. Jawablah 'InshaAllah soon. Ada rezeki nanti' instead of 'Belum ada rezeki'. Kata-kata kita adalah doa. Jadi, from now on marilah kita sentiasa cakap benda-benda yang positif jek. Barulah muka cantik glowing. Hati pun senang. Kann? Hehe. 

Oklaa, Selamat hari raya again!. Bye!


Wednesday, 10 June 2015

Post Laparotomy Check Up

Assalamualaikum,

Nak update sikit jek. Hehe. Semalam ada post laparotomy follow up check up di PPUKM. Sepatutnya 26 Mei yang lepas. Tapi saya terpaksa minta postpone sebab pada hari tu kena report duty di office baru. Appointment semalam pukul 10.00 am, dapat jumpa doktor pukul 12.45! Nangisss. Tapi macamkan tak biasa pulak :p

Doktor bagitau result test yang dibuat masa saya masuk wad aritu. Adenomyosis. Confirmed. Doktor scan dan bagitau everything kat dalam tu nampak elok dan ok. Cuma bengkak area berjahit tu masih ada. Tapi saya tak sakit sangat. Kadang-kadang jek rasa. Saya ni boleh tahan lasak jugak. Tak reti nak jalan or bergerak perlahan-lahan. Huhu.

Doktor suruh try to conceive sendiri tanpa ubat-ubatan dalam tempoh 3 bulan. Doktor pesan, cepat-cepat pregnant supaya adeno tak datang balik. Haihh. Kalau laa semudah itu tuan doktor! Hehe. Doktor hanya bekalkan folid acid dan zinc untuk suami. Doktor pesan lagi, jaga pemakanan. Exercise regularly. Kurangkan berat badan. Ohoii. Stress!

Dalam tempoh 3 bulan, kalau masih belum pregnant, proceed untuk treatment seterusnya di MAC. Appointment date pun dah dapat, which is 1 September 2015. Pesanan terakhir tuan doktor, bulan puasa ni banyakkan usaha. Banyakkan doa dan solat hajat. Banyakkan sedekah jugak. InshaAllah. Dalam tempoh 3 bulan ni saya akan cuba Serrapeptase Enzyme. Saya join group Endometriosis Malaysia dan kat situ ramai yang share pasal serrapeptase ni. It helps endo/ adeno patients untuk kurangkan kesakitan and elakkan ketumbuhan semula dalam masa yang singkat. InshaAllah nanti saya share pasal ni. Petang ni baru nak collect serra kat post office. Hehe. Sebelum order, saya pun banyak baca pasal ni di internet. Ada patient yang berjaya unblocked both tubes dengan serra ni. Since endo/ adeno ni penyakit yang susah or takkan boleh cure, i'll try apa-apa yang bole reduce the pain or symptoms. Cuba jelaa kan. There's no harm on trying :)

Oklaa. Tu jelaa my latest update. Semoga Ramadhan ini membawa berita yang baik-baik untuk kita semua. Aminnnn :)