Wednesday 12 June 2013

Kenapa Akak macam tu?

Assalamualaikum,

Situasi 1:

Adik Officemate : Alaa, dah dekat dah majlis kahwin. Tapi apa pun tak ready lagi!!! 

Saya : Adik ipar Kak Ily pun nak kahwin hujung tahun ni. 

Akak Officemate : Ehh, entah-entah nanti adik ipar awak dengan A (merujuk kepada Adik Officemate) pregnant dulu daripada awak!

Saya : Apa masalahnya kalau diorang pregnant dulu? Bagus laa. Hal-hal pregnant ni Allah yang tentukan, bukan pertandingan ke apa.

Akak Officemate : Tak laa, awak mesti sedih kalau diorang pregnant dulu. Yelaa, awak kan tunggu lama tak dapat anak lagi. Mesti sedih.

Saya : Kalau saya sedih pun, saya boleh pregnant terus ke? Kalau Allah belum nak bagi, saya nak buat macam mana? Saya rasa akak pun patut faham sebab akak dulu pun tunggu 5 TAHUN baru pregnant kan?

Terdiam Akak Officemate yang umurnya lebih tua dari Mak saya.


Situasi 2:

Saya sedang ubah kedudukan set komputer di tempat saya di office. Adik Officemate yang sama dalam situasi 1 datang tolong saya angkat CPU. Akak officemate yang sama bersuara;

Akak Officemate : Ehh, jaga-jaga A! Awak tu nak kahwin, jangan angkat berat-berat. Nanti rahim jatuh susah nak lekat.

Adik Officemate : Ishh akak ni. Bukan berat mana pun. 

Akak Officemate : (Masih ulang ayat yang sama seperti di atas)

Saya : Kalau rahim tak jatuh pun tapi belum rezeki, tak lekat jugak.

Adik Officemate : Betul! Semua ni rezeki Allah yang bagi.

Terdiam Akak Officemate yang umurnya lebih tua dari Mak saya.


Saya hairan, orang yang 5 TAHUN tunggu dan susah payah usaha nak pregnant pun boleh cakap benda-benda macam ni depan saya yang masih berusaha dan menunggu. Apa dia tak faham ke perasaan saya sedangkan dia pernah melalui perkara yang sama? Ohhh! Dia kan dah dapat anak selepas 5 TAHUN. Apa la nak hairan pulak dia tak faham perasaan saya, kan? Lagi pun, manusia kan mudah lupa. Hmmmmm. *bergenang air mata*

Monday 3 June 2013

Angan-angan

Assalamualaikum,

Hari ini dah half of 2013 dah kan. Sekejap jek masa berlalu. Puasa ganti pun masih berbaki lima hari. Kena gigih habiskan sebab bulan depan dah masuk Ramadhan. Ya Allah, sungguh rasa pantas sangat masa meninggalkan saya. Separuh tahun ni jugak, impian untuk pregnant masih belum tercapai. Belum sampai masa lagi nampaknya. Takpe, usaha lagi dan lagi dan lagi! Bila penat, saya rehat. Bila rajin, saya pergi keluar masuk MAC HUKM sambung treatment. Macam tuh laa kitar TTC saya. Heh.

Dua tiga hari ni saya dengan suami seronok pulak dok berangan kalau ada anak. Layan jelaa dua-dua berangan. Pastu dua-dua senyum. Haha. Parah betul! Tapi serius, berangan dengan perasaan gembira as if kami tengah tunggu nak dapat anak pulak. Hehe. Kalau tak sebelum ni, nak berangan pun takut-takut. Takut saya sedih. Sekarang berangan jelaa like nobody's business. Hehe.

Berangan itu indah, tapi lagi indah kalau angan-angan jadi kenyataan. Makbulkan, Ya Allah :)